Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Isnin melancarkan laman web Malaysian Information Network on Disabilities (MIND) yang ditambah baik dengan memuatkan maklumat terperinci mengenai autisme.
Rosmah yang juga Penaung Program PERMATA berkata ia adalah kolaborasi strategik Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan MIND bersama pusat autisme negara, PERMATA Kurnia dalam menyebarkan maklumat mengenai autisme dengan lebih menyeluruh.
"Menyedari fenomena peningkatan autisme dan keperluan ibu bapa yang terlibat, saya menyarankan BAKTI-MIND menambah baik laman sesawangnya dengan mengadakan pautan terus atau hyperlink ke laman web Pusat PERMATA Kurnia.
"Dengan cara ini, laman web MIND yang sudah mempunyai pangkalan pengguna yang ramai, kini dioptimumkan fungsinya dalam menyebar luas mengenai autisme selain menambah kumpulan sasar baharu," katanya ketika merasmikan laman web itu di sini pada Isnin.
Rosmah berkata pendekatan menggunakan laman web itu juga dapat menyediakan platform jaringan yang dapat menghubungkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan badan-badan berkaitan demi meningkatkan potensi diri mereka.
Rosmah berkata capaian kepada laman web PERMATA Kurnia menerusi laman web MIND itu akan memudahkan ibu bapa, guru, ahli terapi dan masyarakat mendapat maklumat terkini mengenai autisme dengan cepat dan tepat.
Katanya, hasil penyelidikan mengenai autisme yang dijalankan menerusi amalan berasaskan bukti ) turut dimuat naik di laman web itu supaya pengguna sentiasa mengetahui perkembangan semasa autisme.
Turut dibangunkan khusus untuk membantu kumpulan sasar adalah iKurnia, kursus pendidikan dalam talian pertama seumpamanya di Malaysia yang merangkumi aspek Asas Autisme, Asas Intervensi dan iKurnia LIVE.
"Ia boleh dilayari menerusi platform OpenLearning atau Youtube yang boleh diakses 24 jam," katanya.
Sementara itu Rosmah berkata kajian para saintis mendapati berlaku fenomena peningkatan mendadak autisme di seluruh dunia dengan World Health Organisation (WHO) menganggarkan satu peratus prevalens autisme dalam sesebuah negara.
"Jika anggaran ini diaplikasikan kepada Malaysia yang mempunyai 31 juta penduduk, dianggarkan 310,000 kanak-kanak mengalami autisme di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2017
Laman web MIND yang sudah mempunyai pangkalan pengguna yang ramai, kini dioptimumkan fungsinya dalam menyebar luas mengenai autisme selain menambah kumpulan sasar baharu. - Gambar hiasan
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Jangan malu daftar sebagai OKU - Ras Adiba
Daripada sejumlah 4.7 juta OKU di dalam negara, hanya kira-kira 560,000 sahaja yang berdaftar.
Jangkitan semasa hamil antara punca autisme
Autisme adalah gangguan kompleks tumbesaran sistem saraf yang menjejaskan mental, emosi, kemampuan pembelajaran dan ingatan dalam diri seseorang inidividu.
Fasa peralihan mendewasakan anak autisme, cabaran generasi baharu
Membantu menyesuaikan kehidupan kini yang lebih rumit serta jurang yang wujud dalam perkhidmatan intervensi bagi fasa remaja dan dewasa adalah antara cabaran utama ibu bapa membesarkan anak autisme.
Demi anak-anak Autisme, SOP baharu akan diperkenal
Hannah Yeoh memaklumkan, SOP itu kelak bertujuan untuk memastikan nasib anak-anak autisme ini terbela.
Kanak-kanak autistik hasilkan replika Titanic guna 56,000 Lego
Replika kapal persiaran mewah, Titanic sepanjang lapan meter telah berjaya dihasilkan oleh seorang kanak-kanak autistik menggunakan 56,000 kepingan Lego.
Kaji semula insurans untuk anak-anak Sindrom Down
Katanya, tiada syarikat atau agensi insurans yang sanggup menyediakan insurans khusus kepada anak-anak sindrom Down.
Kagum! Pelajar autistik lukis gambar 'nenek moyang' watak adi wira
Lukisan Muhammad Amsyar Anas itu dihasilkan dalam bentuk thumbnail dan dilukis pada buku kosong yang memaparkan karakter adi wira kegemarannya dari tahun 1966 sehingga kini.
Ibu tunggal bimbang masa depan anak Autisme
Melihat anak lelakinya lain daripada kanak-kanak biasa, Mazlina Ismail mula sedar ada sesuatu yang tidak kena.