Peniaga dalam talian (online) di Malaysia kini boleh menarik nafas lega selepas trend pembelian kini mula menunjukkan tanda positif.
Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, trend pembelian menerusi e-commerce mula meningkat apabila kata kunci '11.11 Sale' menjadi topik semasa paling trending di enjin carian Google tahun ini.
"Rasanya, dua tahun lepas kata kunci ni tidak trending dalam senarai carian kita.
"Menerusi keputusan ini, kita boleh anggapkan bahawa e-commerce di Malaysia kini sama taraf dengan negara maju.
“Tapi jualan atas talian ni kalau dahulu bukan sesuatu yang trending selalunya. Tapi nampaknya rakyat Malaysia memang merupakan online shoppers dan melayari laman beli-belah atas talian untuk ambil kesempatan,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Menurut laporan di statista.com pendapatan menerusi jualan atas talian di Malaysia untuk tahun 2018 meningkat lebih 30 peratus kepada AS$3.8 billion (RM15.9 billion) membabitkan hampir 20 juta pengguna.
Hilal Azmi
Thu Dec 13 2018
ZEFFRI: Trend pembelian menerusi e-commerce mula meningkat. - Astro AWANI
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Peluang terbaik buat peniaga dalam talian
Trend pembelian meningkat seiring dengan tularnya carian mengenai kata kunci promosi jualan dalam talian.