Kemurungan dianggap sebagai gangguan perasaan yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa sedih berpanjangan, keletihan, ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), penyakit ini boleh boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina serta bangsa dan boleh dihidapi sekurang-kurangnya selama dua minggu atau berlarutan sehingga bertahun-tahun.

Hari ini, ketika dunia sedang memberikan perhatian sepenuhnya kepada perlindungan kesihatan fizikal, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut memberi amaran wabak COVID-19 boleh menyebabkan masalah kesihatan mental kepada sebilangan besar penduduk dunia.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, bukan mudah untuk setiap orang menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Sehingga 18 Mei, KKM mendedahkan telah menerima 8,380 panggilan berkaitan kes kesihatan mental berhubung kait dengan penularan pandemik COVID-19.

Secara tidak langsung, keadaan ini boleh memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku jika tidak diurus dengan baik.

Setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan.

Situasi ini semestinya memberikan cabaran kepada individu dan masyarakat.

Justeru, apakah cara terbaik dalam menangani kemurungan dan kekal rasional dalam menjalani kehidupan seharian?

Apa saluran yang boleh dirujuk sekiranya mengalami masalah kesihatan mental dan seterusnya mendapatkan rawatan?

Sertai kami dalam diskusi secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S08 membincangkan isu “Murung ke “Mental” … Apa Status Anda?”.

Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com, pada 19 Ogos 2020 ini, jam 11 pagi.

Panel yang akan menyertai sesi dikendalikan oleh Editor Astro AWANI, Marlina Manaf ini, adalah Pakar Perunding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM); Profesor Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin; Kaunselor, Malaysia Mental Health Association (MMHA), Nurhijjah Mat Zin dan Pengarah Eksekutif Befrienders, Kenny Lim.

Ketika perlindungan kesihatan fizikal menjadi perhatian utama ketika ini, PBB juga memberi amaran bahawa wabak COVID-19 juga menyebabkan tekanan mental membabitkan sejumlah besar populasi penduduk dunia.