Tutup

Lion Air dikecam sindir pesawat hilang melalui Twitter

Lion Air dikecam sindir pesawat hilang melalui Twitter
Syarikat penerbangan kontroversi Lion Air dikecam pengguna Twitter Indonesia kerana memuat-naik tweet kontroversi.
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah Lion Air dikecam pengguna Twitter di Indonesia selepas kononnya memuatnaik satu kenyataan yang disifatkan tidak berperikemanusiaan di jaringan media sosial itu pada malam tadi.

Dalam satu tweet, akaun @OfficialLionAir menulis : "Tweeps dalam penerbangan kalian pilih mana? Kena delay atau ngga pernah sampai? Selamat malam. Salam #LIONAIR
Kenyataan itu seolah-olah memerli syarikat penerbangan kapal terbang lain yang tidak mampu membawa penumpangnya tiba ke destinasi dengan selamat.

Perkara ini juga dilihat sedikit sebanyak memberi kesan kepada beberapa syarikat penerbangan yang dilaporkan pesawatnya hilang dan juga yang terlibat dalam kemalangan.
Catatan Twitter akaun @OfficialLionAir pada jam 7:51 petang waktu Malaysia yang menimbulkan kemarahan dan kekecohan ramai pihak.  Kira-kira jam 11:40 malam, catatan tweet itu sudah tidak kelihatan. Pihak Lion Air menafikan akaun ini milik mereka. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD

Hasil pantauan Astro AWANI, kira-kira jam 11:40 malam Khamis catatan tweet kontroversi itu sudah tidak kelihatan.

Kira-kira jam 11:51 malam pula akaun @OfficialLionAir dilaporkan tidak wujud, seolah-seolah akaun ini sudah dinyahaktif di Twitter.

Akaun @OfficialLionAir dinyahaktifkan

Lion Air bagaimanapun kemudian mengesahkan akaun Twitter itu palsu.

Menurut laporan Republika Online pada 26 Feb, Direktor Umum Lion Air, Edward Sirait menafikan akaun tersebut.

Laman web rasmi Lion Air di www.lionair.co.id juga tidak menyatakan ia tidak memiliki akaun Twitter.

Bagaimanapun penafian pegawai kanan Lion Air itu  tidak meredakan keadaan kerana pengguna Twitter mengesan ada  lagi akaun di jaringan media sosial itu yang menggunakan nama @LionAirIndo atau @LionAirID.

Pengguna Twitter keliru untuk mengetahui yang mana satu akaun sebenar milik Lion Air - Foto Astro AWANI
Pengguna Twitter keliru untuk mengetahui yang mana satu akaun sebenar milik Lion Air - Foto Astro AWANI

Penafian itu juga menimbulkan tanda tanya kerana beberapa tweet daripada akaun @OfficialLionAir sebelum ini membayangkan akaun itu sebagai akaun rasmi.

Ia misalnya memohon maaf mengenai pembatalan beberapa penerbangan pada 19 Februari lalu.

Laman web rasmi Lion Air di www.lionair.co.id tidak menyatakan ia memiliki akaun Twitter. Namun beberapa tweet daripada akaun @OfficialLionAir itu sebelum ini membayangkan ia akaun rasmi syarikat penerbangan itu.

Dalam laporan Republika Online, Edward melihat akaun yang didakwa palsu itu menimbulkan tanggapan negatif pengguna terhadap Lion Air.

Menurutnya, mana-mana akaun  tidak boleh menggunakan nama Lion Air untuk membuat kekecohan, lagi-lagi menggunakan kenyataaan bersifat provokatif.

Berikutan itu pihak Lion Air telah melakukan siasatan ke atas akaun @OfficialLionAir, lapor Republika Online.

Sebelum ini berlaku satu rusuhan di Bandar Soekarno Hatta berikutan kelewatan dan pembatalan penerbangan yang dikelola Lion Air di selama tiga hari sejak 18 Feb lalu.

Rusuhan itu berlaku apabila timbul kemarahan penumpang penerbangan Lion Air kerana tidak dimaklumkan mengenai kelewatan penerbangan itu.

Lantaran kejadian itu, pada 26 Feb Kementerian Perhubungan Indonesia telah membekukan beberapa slot penerbangan Lion Air.

Tag: LionAir