PENYANYI rap Caprice meluahkan rasa gembira apabila dapat berkongsi pengalaman dan perjalanan menjaga bayi bersama ibu bapa lain di laman sosial.
Gembira Dapat Kongsi Tip Jaga Anak
Menerusi Instastory, Caprice berkata dia dan isterinya iaitu Farra Inalis seronok dengan perkongsian daripada ibu bapa yang turut memberi tip penjagaan bayi.
“Maaf untuk semua ibu bapa yang suka sama-sama kongsi perjalanan macam mana nak jaga baby.
“Kita sangat seronok berkongsi dan mendengar daripada awak semua siap bagi tip,” kata Caprice.
Berhenti Kongsi Foto & Video Anak
Caprice bagaimanapun berkata dia dan isterinya telah membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi foto dan video anak lelaki mereka di laman sosial buat masa ini.
“Bagaimanapun, Elis dan saya sudah membuat keputusan untuk berhenti berkongsi foto dan video anak lelaki kami buat masa kini.
“Sayang awak semua dan kami sangat hargai,” kongsi Caprice lagi.
Terdahulu, seorang pemuda dibawa berjumpa dengan isteri Caprice untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anak mereka.
Dalam rakaman yang dikongsikan di Instagram, Elis dilihat sedikit beremosi sebelum meminta individu terbabit melutut di hadapannya.
Bagaimanapun, tindakan Elis telah menerima kecaman segelintir wargamaya dengan menyifatkan sebagai melampau.
Bagaimanapun, Caprice memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan isu seorang pemuda melutut di hadapan isterinya baru-baru ini.
Menurut Caprice, dia berharap orang ramai dapat melupakan isu berkenaan memandangkan ahli keluarga pemuda itu tiada masalah dengan tindakan tersebut.
Untuk info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis pada 15 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Airiel Qashaf pada 17 Mac lalu. -Gempak
Gempak
Tue May 07 2024
Caprice berkata dia dan isteri buat keputusan untuk tidak lagi berkongsi foto dan video anak lelaki mereka di laman sosial buat masa ini. -Gempak
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Caprice, isteri henti kongsi mengenai anak di laman sosial
Menerusi Instastory, Caprice berkata dia dan isterinya iaitu Farra Inalis seronok dengan perkongsian daripada ibu bapa yang turut memberi tips penjagaan bayi.
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.
Polis telah panggil Caprice, Mondy
Caprice dan Mondy telah dirakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pada Selasa.
Dituduh bayar Mondy reka cerita, Caprice minta netizen jawab dengan tuhan
Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memaklumkan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan itu sehingga kebenaran terbukti.
Ebit Lew buat laporan polis atas fitnah melampau
Beliau yang baru sahaja tiba dari Jeddah telah membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Kes saman selesai, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal
Kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah.
Makluman penyelesaian saman SM Faisal, Caprice Jumaat ini
Mahkamah menetapkan Jumaat ini untuk memaklumkan mengenai penyelesaian penuh kes saman fitnah ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice.
Perbicaraan kes saman fitnah SM Faisal, Caprice Oktober ini
Perbicaraan kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice berhubung kes memuat naik hantaran berbaur fitnah ditetapkan bermula 4 hingga 6 Oktober.
'Ramai ada penyakit hati' - Isteri Caprice selar netizen komen buruk tentang Shuib-Watie
Dalam hantaran yang sama juga, Elis menasihatkan lebih baik berdiam diri sekiranya tiada kata-kata positif untuk diperkatakan.