Saingan Liga M musim 2013 melabuhkan tirainya, dengan Pahang melakar kejutan menewaskan Kelantan 1-0 pada pentas akhir Piala Malaysia pada awal bulan ini.
Secara keseluruhan, musim ini menyaksikan setiap pertandingan utama dimenangi pasukan berbeza, Piala Malaysia-Pahang, Piala FA-Kelantan, Liga Super- Lions XII, Liga Perdana-Sarawak dan Piala Sumbangsih-ATM.
Namun, pada pengamatan saya, meskipun tiada pasukan dominan pada musim ini, saingan domestik bola sepak negara masih belum berupaya menghasilkan bintang baru yang mampu dijadikan sandaran buat skuad kebangsaan di peringkat tertinggi.
Sebuah skuad kebangsaan yang mantap hanya mampu terhasil, jika liga domestik kompetitif.
Musim depan menyaksikan tambahan pemain import buat setiap pasukan, dimana satu tambahan slot diberikan untuk pemain dari negara anggota Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Ia mirip peraturan di liga-liga utama di Asia, seperti Liga K Korea, yang mengenakan peraturan 3 +1, iaitu tiga pemain import dan satu tambahan slot dari negara AFC.
Sebenarnya saya pernah mencadangkan pengambilan import seumpama ini, kepada Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM tidak lama sebelum ini.
Saya optimis, kehadiran pemain tambahan import mampu menambah tahap kompetitif Liga M musim depan.
Apa pun, pemain-pemain tempatan perlu mula mempunyai sikap berdaya saing dalam berebut tempat dalam kesebelasan pasukan masing-masing.
Memang benar, kita muncul juara Piala Suzuki AFF, ketika FAM membekukan kelibat 'awang' import pada musim 2009 hingga 2010.
Namun bagi memenuhi piawaian AFC untuk mempunyai wakil di saingan Liga Juara-juara AFC, kelibat import diperlukan.
FAM tampak sudah mula mengatur langkah ke arah perubahan, apabila menganjurkan bengkel penswastaan Liga M baru-baru ini.
Hasil daripada bengkel itu, kesemua wakil kelab dan negeri mencapai sepakat untuk mempunyai sebuah badan bebas yang mengendalikan Liga M dan bukan lagi di bawah FAM lagi.
Penubuhan badan bebas itu, dijangka akan dibentuk pada musim 2015 dan jika berjaya, ia sebenarnya adalah satu perkembangan positif buat masa depan bola sepak negara.
Sekurang-kurangnya, salah satu piawaian AFC untuk ke Liga Juara-juara AFC sudah berjaya dilaksanakan.
Selepas itu, langkah seterusnya adalah untuk menswastakan setiap pasukan negeri, di mana mereka perlu berdikari untuk mencari tajaan dan menjana kewangan serta pemasaran sendiri.
Mungkin, pasukan seperti Kelantan di masa depan, akan dikenali sebagai "Kelantan Rovers" atau "Kelantan United" dengan pengurusan yang tidak lagi berlandaskan persatuan bola sepak negeri, sebaliknya berteraskan pengurusan kelab profesional.
Saya optimis, jika pegendalian Liga M secara swasta serta pengurusan pasukan negeri dan kelab yang lebih profesional, bukan saja mampu mencapai piawaian AFC, bahkan berupaya meningkatkan martabat saingan domestik di negara ini.
Hanya dengan pengurusan yang lebih profesional, ia mampu menghasilkan liga yang lebih kompetitif.
FAM tidak perlu melihat jauh mencontohi negara bola sepak maju seperti Korea dan Jepun, kerana contoh terdekat ialah Thailand.
Liga Perdana Thailand (TPL), kini boleh dianggap saingan liga terbaik di rantau ini.
Kelab-kelab di Thailand sudah lebih sedekad mempunyai penatdbiran berteraskan pengurus sebuah kelab profesional dan wajar dicontohi pasukan-pasukan negeri dan kelab Liga M.
Apa pun, Liga M sebenarnya memiliki potensi untuk menjadi sebaik saingan TPL sejak ia dilancarkan sebagai Liga Semi Pro pada 1989.
Cuma masalahnya adalah, apabila ia dinaikkan taraf kepada liga profesional sepnuhnya, perubahan struktur liga dan setiap pasukan tidak dilakukan secara menyeluruh.
Apa pun, kini sudah pun timbul kesedaran dikalangan ahli gabungan negeri dan penubuhan badan bebas untuk mengendalikan Liga M, adalah langkah eprmulaan yang amat dialu-alukan.
FAM juga wajar bekerjasama dengan erat bersama Kementerian Belia dan Sukan, bagi menjayakan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang pasti berupaya membentuk kelompok pemain tempatan ebrkualiti untuk saingan Liga M di masa depan.
Fadzrie Hazis
Sun Nov 17 2013
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Saingan Liga M 2014 perlu ke arah mencapai piawaian AFC
Saingan Liga M musim 2013 melabuhkan tirainya, dengan Pahang melakar kejutan menewaskan Kelantan 1-0 pada pentas akhir Piala Malaysia pada awal bulan ini.