Sumbangan sektor automotif sangat besar kepada negara.

Bermula dengan penubuhan Proton pada 1985 hingga ke hari ini, banyak inovasi baru dan keupayaan automotif diperlihatkan termasuk keupayaan rekabentuk, operasi pengeluaran, pembekalan komponen dan bermacam lagi.

Kejayaan industri automotif jelas disokong beberapa dasar terutama dari segi pengeluar kenderaan tempatan.

Namun apakah dasar-dasar yang sedia ada cukup untuk Malaysia pergi lebih jauh dalam bidang automotif ini?

Persoalan itu dilihat serius oleh Ketua Pegawai Eksekutif DreamEdge, Khairil Adri Adnan. Menurutnya, dasar automotif baru yang dilaporkan bakal dilancarkan pada tahun depan harus melihat kepada potensi Malaysia dalam bidang lain juga seperti pembuatan keretapi dan kapal. Ia juga harus menekankan aspek inovasi.

Selain itu, aspek lain seperti dasar pelupusan dan kebergantungan masyarakat terhadap kereta turut sama harus diberi perhatian.

Untuk itu, Sudut Pandang minggu ini mengupas tajuk "Sektor Automotif, Kebanggaan Negara?' yang bersiaran langsung di PWTC sempena KLIMS 2013.

Sudut Pandang bersiaran setiap pada Jumaat ini, pukul 9:00 malam di Astro AWANI.