awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jet pejuang tentera laut AS 'hilang' selepas terjatuh ke Laut Merah

Bernama
Bernama
29/04/2025
07:00 MYT
Jet pejuang tentera laut AS 'hilang' selepas terjatuh ke Laut Merah
Tentera Laut memaklumkan bahawa kumpulan serangan dan sayap udara yang ditempatkan di kapal induk berkenaan masih berkeupayaan penuh untuk melaksanakan misi walaupun insiden berlaku. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON: Sebuah jet pejuang Jet F/A-18E Super Hornet Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan "hilang" di Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman, menurut Tentera Laut dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Sebuah jet pejuang F/A-18E Super Hornet tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman dan jatuh ke Laut Merah. Semua kru selamat, dengan seorang kelasi mengalami kecederaan ringan.
  • Jet tersebut sedang ditunda apabila kru penunda hilang kawalan, menyebabkan pesawat dan traktor penunda terjatuh ke laut. Siasatan sedang dijalankan.
  • Walaupun insiden berlaku, kumpulan serangan dan sayap udara di kapal induk tersebut masih berkeupayaan penuh untuk melaksanakan misi.

Semua kru disahkan selamat, dengan seorang kelasi mengalami kecederaan ringan.
"F/A-18E sedang ditunda di dalam ruang hangar apabila kru penunda hilang kawalan ke atas pesawat, menyebabkan pesawat dan traktor penunda terjatuh ke laut.
"Kru yang mengendalikan penundaan segera bertindak menjauhkan diri dari pesawat sebelum ia terjatuh ke laut. Siasatan sedang dijalankan," menurut kenyataan itu.
Menurut Tentera Laut AS, sebuah jet pejuang F/A-18 bernilai kira-kira US$67 juta.
Pasukan AS ditempatkan di rantau berkenaan sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap penilaian keselamatan serantau.
Tentera Laut memaklumkan bahawa kumpulan serangan dan sayap udara yang ditempatkan di kapal induk berkenaan masih berkeupayaan penuh untuk melaksanakan misi walaupun insiden berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jet pejuang
#Tentera Laut AS
#nahas pesawat
#USS Harry S Truman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan