awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Belum 'selesai' masalah, penduduk terjejas kini dilanda banjir

Bernama
Bernama
11/04/2025
03:30 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: Belum 'selesai' masalah, penduduk terjejas kini dilanda banjir
Keadaan di Kampung Tengah Puchong yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak Khamis malam. - Foto JBPM Puchong
KUALA LUMPUR: Belum habis sengsara akibat kebakaran saluran gas yang berlaku pada hari kedua Aidilfitri, penduduk di Kampung Tengah Puchong, dilanda banjir pula sejak malam tadi.
Mengikut perkongsian secara langsung pengguna TikTok Qal Luniey, air mula naik di kawasan kampungnya sejak malam tadi akibat hujan lebat.
"Memang masa kebakaran saluran gas, rumah saya pun terjejas, bumbung semua habis bocor.
"Tetapi masa kebakaran hari itu, saya tidak berada di rumah, saya berada di kampung, hanya rumah terjejas," katanya yang menambah bahawa beliau dan keluarganya kembali semula ke rumahnya, Ahad lepas.
Qal Luniey berkata beliau tinggal di rumah itu bersama tiga ahli keluarganya, setakat 10 pagi ini air banjir masih di paras lutut, namun sudah mulai surut secara perlahan.
Qal Luniey berkata kampung itu juga sebelum ini pernah dilanda banjir.
Insiden kebakaran saluran paip gas yang berlaku pukul 8.10 pagi pada 1 April lepas, menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Insiden itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah Puchong ini.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan