awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang: 'Bagi ruang untuk siasatan' - Fadhlina

Bernama
Bernama
29/04/2025
10:50 MYT
Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang: 'Bagi ruang untuk siasatan' - Fadhlina
Fadhlina memohon kerjasama semua pihak memberikan ruang sementara siasatan tersebut berlangsung. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Siasatan dalaman berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih dijalankan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Ringkasan AI
  • Siasatan dalaman mengenai kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam laporan SPM masih dijalankan, dan semua pihak diminta memberi ruang untuk siasatan penuh.
  • Kementerian Pendidikan memohon maaf atas kesilapan tersebut dan sedang melakukan pembetulan segera, dengan laporan analisis yang dicetak dikembalikan semula.
  • Menteri Pendidikan menegaskan bahawa isu Jalur Gemilang adalah serius dan tidak boleh dikompromi, serta komitmen penuh diberikan untuk memastikan kesilapan tidak berulang.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama semua pihak memberikan ruang sementara siasatan tersebut berlangsung.
"Kita tidak akan berkompromi dalam soal-soal yang melibatkan siasatan ini. Kita bagi ruang kepada siasatan penuh, sebab saya pun mahukan siasatan penuh dijalankan supaya tidak diulangi kesilapan yang bagi saya telah memberikan kesan besar.
"Isu Jalur Gemilang bukan main-main, jadi bagi ruang dan kita akan beri komitmen serta sokongan penuh kepada proses siasatan ini," katanya mengulas perkembangan mengenai insiden berkenaan kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO ke-56 2024, di sini hari ini.
Terdahulu, beberapa keping imej yang dijana kecerdasan buatan (AI) dipapar dalam muka surat 14 dan 15 dalam laporan analisis itu, menunjukkan Jalur Gemilang yang silap.
Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut memohon maaf atas kesilapan itu dan mengarahkan laporan analisis yang dicetak dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#KPM
#SPM
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan