awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan polis positif empat jenis dadah ditahan di pusat hiburan

Bernama
Bernama
20/04/2025
12:45 MYT
Pegawai kanan polis positif empat jenis dadah ditahan di pusat hiburan
Pegawai lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada 5.05 petang selepas pemeriksaan mengejut dijalankan JSJN Bukit Aman yang menerima aduan dan maklumat. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman selepas berhibur dan mengambil jus disyaki mengandungi dadah di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana di sini Jumaat lepas.
Menurut sumber, pegawai lelaki berusia 43 tahun itu ditahan pada 5.05 petang selepas pemeriksaan mengejut dijalankan JSJN Bukit Aman yang menerima aduan dan maklumat.
"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif empat jenis dadah iaitu amfetamina, metamfetamina, ketamin dan benzo.
"Siasatan awal mendapati suspek mengaku mengambil dadah jenis minuman jus di pusat hiburan berkenaan dan bekalan dadah itu diperoleh seorang lelaki tempatan di tempat berkenaan," katanya.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan pegawai polis terbabit.
"Kes ini disiasat Polis Selangor dan pegawai berkenaan direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada Bernama hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai kanan polis
#ditahan
#positif dadah
#pusat hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan