awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap tahniah kepada Mark Carney atas kemenangan Pilihan Raya Kanada

Bernama
Bernama
29/04/2025
13:45 MYT
PM Anwar ucap tahniah kepada Mark Carney atas kemenangan Pilihan Raya Kanada
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Persekutuan Kanada. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Persekutuan Kanada.
Anwar berkata bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Carney, bagi terus memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara, termasuk melalui Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Beliau berkata pilihan raya itu juga menandakan satu permulaan baharu bagi Kanada dan mengesahkan komitmen negara itu terhadap kemerdekaan, daya tahan dan kepimpinan berprinsip dalam masa yang tidak menentu.
"Kami yakin bahawa di bawah kepimpinan beliau, Kanada akan kekal sebagai satu suara yang kuat dan mantap dalam usaha melibatkan diri secara konstruktif di peringkat antarabangsa.
"Dunia mesti terus menegakkan perdagangan antarabangsa sebagai pemacu kepada kemakmuran dan kestabilan bersama," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Media hari ini melaporkan bahawa Carney telah memenangi pilihan raya di Kanada dan akan meneraju Parti Liberalnya untuk satu lagi penggal pemerintahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#ucap tahniah
#mark carney
#pilihan raya kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan