awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad

Bernama
Bernama
23/12/2025
08:45 MYT
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Mohamad (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif 3Bumi, Mohd Silahuddin Jamaluddin (kiri) pada Majlis Pengenalan Halal Russian Turkey (JAKIM) "From Russia With Love" di Bangsar hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara dan ekosistem halal dengan pengenalan rasmi ayam belanda dari Rusia yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke pasaran tempatan.

Ringkasan AI
  • Malaysia memperkenalkan ayam belanda dari Rusia yang disahkan halal oleh JAKIM, mengukuhkan keterjaminan makanan negara serta ekosistem halal.
  • Pengenalan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam mempelbagaikan sumber protein, memastikan pematuhan ketat terhadap aspek halal, keselamatan makanan dan kualiti.
  • Inisiatif ini menandakan kerjasama dua hala yang kukuh antara Malaysia dan Rusia dalam memperkasakan perdagangan makanan, jaminan halal serta ketahanan rantaian bekalan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pengenalan ayam belanda halal itu mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk mempelbagaikan sumber protein negara, selain memastikan pematuhan ketat terhadap aspek halal, keselamatan makanan dan kualiti.
Beliau berkata inisiatif itu turut menandakan kerjasama dua hala yang kukuh antara Malaysia dan Rusia dalam memperkasakan perdagangan makanan, jaminan halal serta ketahanan rantaian bekalan.
"Pengimportan ayam belanda dari Rusia ini dilaksanakan berdasarkan pematuhan sepenuhnya terhadap syarat kemasukan import Malaysia, termasuk pengiktirafan Wilayah Penza sebagai kawasan bebas penyakit selesema burung berpatogenik tinggi (HPAI)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengenalan ayam belanda halal dari Rusia bertemakan From Russia With Love di sini hari ini.
Dengan pengenalan produk tersebut di Malaysia, Mohamad berkata janji yang dibuat semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia pada Mei lepas bahawa ayam belanda dari Rusia akan berada di pasaran Malaysia sempena musim perayaan tahun ini, telah direalisasikan.
"Rakyat Malaysia kini boleh menikmati ayam belanda yang halal, selamat dan berkualiti, sama ada untuk sambutan perayaan atau sebagai pilihan makanan harian," katanya.
Majlis berkenaan disempurnakan Mohamad dan turut dihadiri Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia Naiyl M Latypov, sekali gus menzahirkan kepentingan kerjasama strategik kedua-dua negara dalam sektor makanan dan halal.
Untuk rekod, nilai perdagangan Malaysia-Rusia dianggarkan mencecah kira-kira USD3 bilion setahun, manakala setakat September tahun ini, nilai perdagangan bagi sektor agromakanan antara kedua-dua negara direkodkan sebanyak RM2.5 bilion.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#ayam belanda
#Mohamad Sabu
#Halal
#JAKIM
#diimport dari Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan