awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2025
08:52 MYT
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan  - MyCC
Kes berkenaan melibatkan 16 sebut harga dan satu tender dengan nilai perolehan antara RM30,000 hingga RM3 juta, membabitkan jumlah keseluruhan RM7.3 juta. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan selepas Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan Keputusan Cadangan berhubung penglibatan mereka dalam kartel tipuan bida melibatkan perolehan Jabatan Penjara Kluang.

Ringkasan AI
  • Enam perusahaan di Malaysia berisiko dikenakan penalti kewangan akibat terlibat dalam kartel tipuan bida yang melibatkan perolehan Jabatan Penjara Kluang dengan nilai keseluruhan RM7.3 juta.
  • MyCC mendapati perusahaan-perusahaan tersebut melanggar Akta Persaingan 2010 melalui aktiviti kartel tipuan bida yang bertujuan menghalang persaingan dalam perolehan awam di Jabatan Penjara Kluang.
  • Perusahaan yang terlibat diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan representasi bertulis dan lisan kepada MyCC sebelum keputusan akhir dikeluarkan selepas pertimbangan terhadap semua bukti siasatan.

Pengerusi MyCC, Tan Sri Idrus Harun berkata kes berkenaan melibatkan 16 sebut harga dan satu tender dengan nilai perolehan antara RM30,000 hingga RM3 juta, membabitkan jumlah keseluruhan RM7.3 juta.
Menurutnya, perusahaan-perusahaan tersebut didapati telah melanggar Seksyen 4(2)(d) Akta Persaingan 2010 [Akta 712] secara berperingkat melalui penglibatan dalam aktiviti kartel tipuan bida melalui pertukaran maklumat dan penyelarasan penyerahan tender dan bidaan oleh pihak yang sama.
"MyCC mendapati bahawa perjanjian sedemikian mempunyai objektif untuk menghalang, menyekat atau mengekang persaingan secara ketara berhubung dengan perolehan awam di Jabatan Penjara Kluang.
"Adalah penting untuk ditekankan bahawa pada peringkat ini, Keputusan Cadangan tersebut merupakan dapatan awal dan ia tidak boleh dianggap bahawa perusahaan-perusahaan ini telah melanggar Akta 712 secara konklusif," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Idrus menambah enam perusahaan terbabit turut dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan dan diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan representasi bertulis selepas menerima Keputusan Cadangan.
Pihak berkenaan juga akan diberi peluang membentangkan representasi lisan di hadapan suruhanjaya pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Jelas Idrus, MyCC hanya akan mengeluarkan Keputusan Akhir selepas semua representasi dipertimbangkan bersama bukti yang diperoleh sepanjang siasatan.

Topic Berkaitan
#Siasatan MyCC
#Enam perusahaan kartel tipuan bida
#penalti kewangan
#berita dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan