awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,919 mangsa banjir diberi rawatan, tiada penyakit berjangkit

Bernama
Bernama
27/12/2014
00:32 MYT
3,919 mangsa banjir diberi rawatan, tiada penyakit berjangkit
DR NOOR HISHAM: Sebanyak 533 pasukan operasi kesihatan digerakkan untuk menjalankan aktiviti di kawasan dilanda banjir. -Gambar fail
Seramai 3,919 mangsa banjir telah diberi rawatan di seluruh negara, dengan tiada penyakit berjangkit seperti leptospirosis (kencing tikus), penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), demam tifoid (kepialu), campak dan denggi dikesan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa banjir dinasihati supaya mematuhi arahan pihak berwajib dan mengelak makan makanan atau minuman yang tidak dimasak.
"Sila awasi anak-anak supaya tidak bermain air banjir kerana dikhuatiri tercemar dan risiko penyakit berjangkit seperti cirit birit, kolera, tifoid dan leptospirosis.
"Mangsa banjir terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas dan penghidap penyakit kronik juga dinasihatkan supaya menjaga kebersihan dan mendapatkan rawatan segera jika perlu," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga berjaya memindahkan empat pesakit dari Hospital Kuala Krai ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan pada 11.50 malam Khamis.
Dr Noor Hisham berkata bekalan diesel sebanyak 640 liter turut dibekalkan kepada Hospital Kuala Krai pukul 12 tengah malam, Khamis.
Menurutnya, sebanyak 533 pasukan operasi kesihatan digerakkan untuk menjalankan aktiviti di kawasan dilanda banjir.
Sementara itu, beliau melalui akaun Facebooknya memaklumkan bahawa perancangan untuk membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan dengan dua buah helikopter pada petang tadi terbantut akibat cuaca buruk dan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang.
"KKM juga sedang berusaha mendapatkan bantuan helikopter agensi-agensi lain untuk membantu dalam penyelarasan pemindahan pesakit dan penghantaran bekalan yang diperlukan," katanya.
Topic Berkaitan
#banjir
#pengarah kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan