awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan helikopter untuk menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2014
07:48 MYT
Bantuan helikopter untuk menyelamatkan mangsa banjir di Kelantan
Sebanyak empat jalan utama di Kelantan terpaksa ditutup berikutan banjir teruk di Kelantan - Foto Bernama
Berikutan ramai mangsa banjir yang terperangkap di Kuala Krai, Kelantan, pihak Pengurusan Majlis Keselamatan Negeri Kelantan telah menghantarkan bantuan helikopter untuk membantu mereka.
Penolong Setiausahanya, Puan Nor Ashikin Wahab berkata pihaknya telah pun berusaha untuk mendapatkan helikopter daripada pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan juga pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
"Ada juga pihak kami sudah terbang ke sana. Selain itu ada juga bot daripada pihak kami ke sana untuk memberi bantuan kepada mangsa memandang hubungan pengangkutan darat terputus. Yang menjadi kekangan kita adalah cuaca yang teruk di mana kita perlu mematuhi standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan," tambah beliau demikian kepada Astro AWANI.
Beliau berkata pihaknya telah menyediakan dua jenis bantuan iaitu bantuan menyelamat dan bantuan makanan atau keperluan asas yang lain kepada mangsa namun ketika ini mereka lebih mengutamakan usaha menyelamatkan mangsa ke tempat lebih tinggi dan selamat.
Sebanyak 118 pusat pemindahan telah dibuka di Kelantan secara keseluruhan di mana ia melibatkan 7473 keluarga dan mencatatkan mangsa seramai 26 159 orang setakat kira-kira 12.00 tengah hari tadi.
Selain itu, beliau berkata banyak jalan terpaksa ditutup kerana terjejas teruk akibat banjir dan hujan lebat di Kelantan.
“Antara jalan yang ditutup adalah Lebuhraya Timur-Barat di kilometer 60.6 di Gerik akibat tanah runtuh dan masih belum dibuka untuk semua kenderaan.
“Yang kedua adalah laluan utama masuk ke negeri Kelantan iaitu dari Gua Musang ke Merapoh dan masih belum dibuka untuk semua kenderaan,” tambah beliau.
Beliau berkata laluan Gua Musang ke Kuala Krai, dan Jalan Kota Bharu ke Kuala Krai juga tutup.
Topic Berkaitan
#banjir
#Gua Musang
#Pantai Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan