KUALA LUMPUR: Satu kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Jalan PUJ 2/24, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan pada Khamis.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor dalam satu kenyataan, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.27 malam sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian pada jam 9.40 malam.
Advertisement
Kebakaran berkenaan melibatkan kawasan hutan bukit dengan anggaran keluasan kira-kira dua ekar.
Operasi pemadaman melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dengan bantuan BBP Bukit Jalil dan BBP Sri Petaling.
Seramai 18 anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).
Operasi diketuai oleh Komander Operasi, PBK I Nor Azuwan Zulghoni.
Setakat ini, kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Jarak lokasi kejadian dari balai adalah kira-kira 11 kilometer.
Masa operasi terkawal dan tamat masih belum dilaporkan.