awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu tanggung yuran PIBG anak mangsa banjir - Puteri Umno

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2015
07:00 MYT
Kerajaan perlu tanggung yuran PIBG anak mangsa banjir - Puteri Umno
MAS ERMIEYATI: Jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan menjadi satu hadiah yang sangat bermakna untuk mangsa banjir.
Kerajaan disaran menanggung sepenuhnya yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) anak-anak mangsa banjir di semua negeri bagi meringankan bebanan pelajar dan ibu bapa mereka selepas dilanda banjir teruk. Ketua Pergerakan Puteri Umno,‎ Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah itu tentu sekali melegakan ibu bapa dan membolehkan mereka menggunakan wang yang sepatutnya dibayar kepada tabung PIBG untuk keperluan lain yang lebih mendesak selepas banjir berakhir. "Jika yuran PIBG sekadar ditangguhkan, ibu bapa terutama mereka yang mempunyai ramai anak tetap tidak mampu untuk membayar pada bulan-bulan akan datang berikutan situasi sukar yang dihadapi dalam membina kehidupan baharu selepas kehilangan rumah dan harta benda akibat banjir. "Puteri Umno yakin jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan menjadi satu hadiah yang sangat bermakna untuk mangsa banjir, khususnya keluarga yang terjejas teruk akibat bencana alam itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan yuran persekolahan bagi anak-anak mangsa banjir ditangguhkan sehingga pertengahan atau akhir tahun ini bagi meringankan beban ibu bapa mereka. Mas Ermieyati berkata, yuran PIBG yang kebiasaannya antara RM50 hingga RM200 untuk seorang pelajar bukan satu jumlah yang kecil bagi keluarga yang langsung tidak berkemampuan kerana mengalami kerugian yang besar apabila segala harta benda musnah akibat banjir. "Pihak kerajaan dan PIBG sekolah wajar memberi perhatian terhadap perkara tersebut. "Saya juga sebagai ibu merasai tekanan dialami ibu bapa yang perlu menanggung pelbagai keperluan anak-anak dan ia melibatkan perbelanjaan yang bukannya sedikit," jelasnya. Tambahnya, prestasi PIBG setiap sekolah bukan diukur pada kemewahan jumlah tabung sebaliknya dilihat daripada aspek kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum. "Pihak PIBG juga boleh membantu kerajaan dengan mengurangkan jumlah yuran tersebut untuk musim ini sahaja. PIBG bukan satu badan korporat yang perlu memikirkan keuntungan untuk tabung itu semata-mata. "Usaha ini hanyalah sebagai salah satu langkah bagi meringankan beban mangsa banjir. Pihak lain juga harus turut sama menyumbang dan kita tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan untuk menguruskan soal pendidikan," katanya. Dalam pada itu, Mas Ermieyati turut meminta syarikat-syarikat swasta supaya tampil menghulurkan bantuan alat tulis, buku dan pakaian seragam sekolah kepada pelajar yang terlibat dengan bencana banjir.
Topic Berkaitan
#banjir
#bebanan
#ibu bapa
#kerajaan
#mangsa
#Mas Ermieyati Samsudin
#pelajar
#PIBG
#tanggung
#yuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan