awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KeTTHA jamin aset elektrik, empangan dan bekalan air selamat

Bernama
Bernama
26/12/2014
15:01 MYT
KeTTHA jamin aset elektrik, empangan dan bekalan air selamat
Lebih 1,000 warga TNB dikerahkan ke kawasan terjejas dan semua operator bekalan air membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam. -Gambar fail
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memberi jaminan aset elektrik, empangan dan bekalan air di kawasan dilanda banjir berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
KeTTHA dalam kenyataan pada Jumaat berkata jaminan itu diberi melalui pemantauan berterusan yang dijalankan malah semua aspek meliputi keselamatan orang ramai di kawasan terjejas banjir sentiasa menjadi keutamaan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan bekalan elektrik dan air secara selamat serta berhemah, kata kementerian itu.
Secara keseluruhan, sebanyak 191,069 akaun pengguna air terjejas akibat banjir serta mengakibatkan 40 loji rawatan air (LRA) ditutup.
Dalam pada itu, pemantauan secara rapi akan terus dijalankan dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Keselamatan Negara, menurut kenyataan itu.
Pelbagai tindakan diambil antaranya lebih 1,000 warga TNB dikerahkan ke kawasan terjejas dan semua operator bekalan air membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam dan 28 LRA ditutup di Kelantan, kata KeTTHA.
Topic Berkaitan
#banjir
#bekalan elektrik
#KeTTHA
#Pantai Timur
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan