awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10,000 orang guna Monorel Melaka sejak dibuka semula

Bernama
Bernama
22/12/2017
12:34 MYT
10,000 orang guna Monorel Melaka sejak dibuka semula
'Monorel Tour Ride' di Stesen Tun Ali telah beroperasi semula sebagai produk pelancongan terbaharu di negeri Melaka. --fotoBERNAMA
Perkhidmatan Monorel Melaka di Jalan Tun Ali di sini, berjaya menarik hampir 10,000 pelancong tempatan dan asing sejak dibuka semula pada 4 Dis lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Produk pelancongan itu digantung perkhidmatannya pada 2013 akibat masalah teknikal.
Beliau berkata pengendali perkhidmatan itu, Monorail Theme Park and Studios Sdn Bhd, turut mengunjurkan keuntungan kasar tahunan produk pelancongan terbaharu itu berjumlah kira-kira RM1.2 juta dengan kerajaan negeri menikmati pulangan sebanyak 5.0 peratus setahun.
"Pembukaan semula operasi monorel itu membabitkan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebanyak RM13.2 juta selain peruntukan tambahan MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) sebanyak RM8.7 juta.
"Aspek penyelenggaraan perlu diutamakan bagi mengelak sebarang masalah teknikal yang boleh menjejaskan operasi dan merugikan pelaburan terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan operasi 'Monorel Tour Ride' di stesen Tun Ali, hari ini.
Turut hadir Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad dan Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin.
Mengulas selanjutnya, Idris berkata, setakat ini perkhidmatan monorel itu beroperasi secara sehala dengan tiga gerabak membawa kira-kira 650 penumpang sehari.
Jumlah itu bagaimanapun dijangka meningkat susulan pertambahan gerabak baharu pada Januari ini.
Penumpang perkhidmatan itu berpeluang menyaksikan pelbagai tarikan pelancongan di sepanjang laluan sejauh tiga kilometer itu seperti Sungai Melaka, Melaka River Cruise dan Kampung Morten dalam masa 25 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#idris haron
#Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
#masalah teknikal
#Melaka
#Monorail Theme Park and Studios
#monorel
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan