awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 maut, 9 cedera dalam serangan bersenjata di Ecuador

Bernama
Bernama
19/04/2025
05:00 MYT
11 maut, 9 cedera dalam serangan bersenjata di Ecuador
Insiden disifatkan sebagai serangan bersenjata paling buruk dalam sejarah wilayah Manabi. - Gambar hiasan
QUITO: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah arena sabung ayam wilayah pesisir Manabi, Ecuador, pada malam Khamis, lapor media tempatan pada Jumaat.
Menurut laporan penyiar Ecuavisa yang dipetik Xinhua, kejadian berlaku sekitar 11:30 malam di bandar Valencia, apabila sekumpulan lelaki berpakaian seperti anggota tentera tiba dengan menaiki tiga kenderaan sebelum melepaskan tembakan ke arah orang ramai.
Beberapa mangsa yang terselamat mendakwa kumpulan penyerang turut melarikan wang hadiah berjumlah kira-kira AS$20,000.
Pihak berkuasa percaya kejadian berkait rapat dengan kegiatan kumpulan jenayah terancang.
Mangsa dibawa ke hospital di wilayah berdekatan, Santo Domingo.
Polis telah memulakan siasatan dan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai suspek.
Insiden disifatkan sebagai serangan bersenjata paling buruk dalam sejarah wilayah Manabi.
Wilayah itu kini berada di bawah perintah darurat selama 60 hari sejak 12 April lalu susulan lonjakan kes keganasan yang berpunca daripada aktiviti kumpulan penjenayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembakan
#arena sabung ayam
#Anggota tentera
#wang hadiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan