Skip to main content

Bisnes

1MDB bayar AS$360 juta kepada IPIC setakat ini

81460025463_OneMDB.jpg
1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan kepada pindaan bertarikh 8 Ogos, 2017 ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC), ia telah membayar AS$360 juta setakat ini.

“Baki daripada tanggungjawab pembayaran asal bertarikh 31 Julai, 2017 kepada IPIC kini adalah mengikut tarikh akhir pada 31 Ogos, 2017,” menurut 1MDB dalam kenyataan di sini, hari ini.

1MDB turut mengulangi bahawa kesemua bayaran kepada IPIC adalah daripada hasil program rasionalisasi.

Advertisement

Must Watch Video