ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 April 2026.
[EKSKLUSIF] Situasi semakin serius, tingkap masa tindakan semakin sempit - Tengku Zafrul
Malaysia kini berada dalam fasa amaran yang serius dan semakin meruncing, namun masih belum di ambang krisis ekonomi penuh susulan ketegangan geopolitik global, khususnya konflik yang memuncak di Asia Barat, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
MCMC buka 36 kertas siasatan penyebaran berita palsu krisis tenaga global di media sosial
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka 36 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu di media sosial dan media digital melibatkan krisis tenaga global.
Malaysia kutuk tindakan provokasi menteri Israel di Masjid Al-Aqsa
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang menteri daripada rejim Zionis Israel yang memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada 7 April lalu.
Bapa rogol dua anak kandung dipenjara 165 tahun, 110 sebatan
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 165 tahun dan 110 sebatan selepas mengaku bersalah merogol dua anak kandungnya.
Kes aktivis ganggu ucapan KP SPRM, polis janji segerakan siasatan
Polis akan menyegerakan siasatan terhadap tiga aktivis yang terbabit dalam insiden mengganggu ucapan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Kesan pemulihan mungkin ambil masa hingga bertahun, bekalan tenaga negara dipantau rapi - Fahmi
Kerajaan kekal komited memberi keutamaan terhadap isu bekalan dalam negara bagi memastikan ia tidak terjejas susulan konflik di Asia Barat.
- 347 majikan didenda hampir RM6 juta gaji pendatang tanpa izin
Sebanyak 347 majikan dikenakan kompaun berjumlah RM5,977,500 bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini selepas didapati menggaji dan melindungi pendatang tanpa izin.
Saman fitnah bukan bertujuan musnah karier politik Najib - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa keputusannya memfailkan saman fitnah RM5 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak bukan didorong keinginan untuk memusnahkan kerjaya politik bekas perdana menteri itu.
- Jangan panik, bekalan bahan api di Pulau Pinang masih ada - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menasihati orang ramai agar tidak panik susulan laporan gangguan bekalan bahan api di beberapa stesen minyak di negeri ini.
'Masa mesyuarat dengan PM, MB Terengganu tak tanya soalan' - Fahmi kesal Hadi persoal harga minyak
Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil kesal dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa tiada keperluan Malaysia menaikkan harga minyak.