Skip to main content

Dunia

100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit

beirut_ AP
Serangan bertubi-tubi Israel itu menyasarkan Kawasan di Beirut, Lembah Bekaa dan selatan Lubnan. - AP

BEIRUT: Kurang 24 jam gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran, Israel masih berdegil dan berterusan melancarkan serangan ke atas Lubnan.

Kira-kira 100 lokasi disasarkan rejim Zionis dalam tempoh 10 minit di seluruh Lubnan.

Advertisement

Difahamkan sekurang-kurangnya 300 terbunuh atau cedera dalam serangan rejim zionis di Lubnan itu.

Kementerian Kesihatan Awam Lubnan mengesahkan 89 terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam serangan rejim zionis.

Serangan itu menyasarkan kawasan di Beirut, Lembah Bekaa dan selatan Lubnan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, menyatakan gencatan senjata Amerika dan Iran tidak merangkumi Lubnan.

Serangan itu dakwa Israel adalah kempen baharu terhadap kumpulan Hezbollah.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berkata, serangan itu menyasarkan infrastruktur Hezbollah.

Must Watch Video