awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB jadi skim Ponzi

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2018
10:26 MYT
1MDB jadi skim Ponzi
Switzerland masih menyiasat bagaimana berbilion dolar yang diperuntukkan bagi pembangunan ekonomi melalui 1MDB dipindahkan ke bank Switzerland untuk menambah kekayaan tertuduh.
Dana pembangunan ekonomi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa digunakan sebagai skim Ponzi oleh sekumpulan orang yang bersubahat untuk merasuah pegawai asing dan memperkayakan diri mereka.
Memetik laporan Berita Harian, dakwaan oleh Pendakwa Raya Switzerland itu dibuat selepas beberapa hari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah kerana peranannya dalam urusan itu.
Dalam laporan Bloomberg pula, Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, berkata, ketika ini pihak berkuasa Switzerland sedang menyiasat enam individu kerana dakwaan terbabit dalam skandal berbilion dolar 1MDB dan dua bank Swiss, Falcon Private Bank serta BSI SA.
Menurutnya, Switzerland masih menyiasat bagaimana berbilion dolar yang diperuntukkan bagi pembangunan ekonomi melalui 1MDB dipindahkan ke bank Switzerland untuk menambah kekayaan tertuduh.
Lauber yang kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat sebelum ini, bersikap kritikal terhadap pegawai Malaysia kerana gagal mendapat kerjasama daripada mereka.
“Kami fikir ia adalah alasan, ia adalah sejenis skim Ponzi, ia digunakan untuk merasuah pegawai asing dan digunakan untuk membayar faedah.
“Ia juga digunakan bagi memberi motivasi kepada pegawai baharu untuk ingkar undang-undang atau hanya untuk memberi hadiah kepada mereka,” katanya yang tidak mendedahkan identiti pihak dirujuk.
Lauber berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Tommy Thomas.
Mei lalu, Pendakwa Raya Switzerland mendedahkan mereka akan membuka prosiding jenayah terhadap dua bekas pegawai PetroSaudi.
Ia membabitkan dakwaan melabur kira-kira AS$1 bilion (RM4.03 bilion) usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi, pegawai 1MDB dan lain-lain, selain pemindahan kira-kira AS$700 juta (RM2.8 bilion) kepada akaun yang tidak dikaitkan dengan PetroSaudi, berdasarkan dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam perintah rampasan 2016.
Lauber berkata, kira-kira AS$7 bilion (RM28.18 bilion) dana 1MDB dan bekas anak syarikatya, SRC International Sdn Bhd mengalir keluar menerusi sistem kewangan global dari tahun 2009 hingga 2015 dan beliau masih menilai jumlah sebenar yang disalahgunakan.
Peguam PetroSaudi menafikan wujudnya sebarang salah laku, manakala Najib mengaku tidak bersalah dalam pertuduhan terhadapnya dan dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Amerika Syarikat
#BSI SA
#ekonomi
#Falcon Private Bank
#Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat
#jenayah
#mahkamah
#Michael Lauber
#PetroSaudi
#Ponzi
#Singapura
#SRC International
#Switzerland
#Tommy Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan