KUALA LUMPUR: Sebanyak 37,415 usahawan terpaksa 'gulung tikar' sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda negara, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 26,007 daripadanya adalah usahawan mikro manakala bakinya 2,738 adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Justeru, katanya kementerian menyambut baik keputusan kerajaan untuk menarik semula larangan rentas negeri yang bermula semalam.
"Pengumuman ini merupakan langkah yang terbaik dan peluang kepada rakyat terutamanya usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) bagi memulihkan perniagaan mereka dan yang penting meneruskan kelangsungan hidup mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Noh, semua sektor perniagaan terutama sektor informal akan menerima ganjaranpendapatan setelah melalui fasa pertama ditutup, terakhir dibuka (FCLO).
"Saya telah menggariskan dasar dengan menumpukan kepada penyelarasan dan penjajaran pelaksanaan program-program di kementerian dan 11 agensi di bawahnya bagi memastikan segala inisiatif dan pakej-pakej yang diperkenalkan oleh kerajaan sampai kepada golongan usahawan PMKS yang terkesan," katanya.
Beliau berkata penyelarasan ini meliputi kumpulan sasar, nilai pembiayaan, kadar bantuan, geran, skop program dan mekanisma pelaksanaan.
"Kumpulan fokus tersebut adalah golongan usahawan dan koperasi yang terkesan akibat COVID-19;golongan yang diberhentikan kerja dan berminat untuk menjadi usahawan dan graduan yang tiada pekerjaan dan ingin menjadi usahawan; golongan asnaf serta usahawan yang menggunakan modal sendiri," katanya.
Katanya kementerian optimis kebenaran tersebut dapat memberi keseimbangandalam membantu mempergiatkan kembali aktiviti ekonomi secara fiskal dan pada masa sama dapat melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19.
Kementerian terus komited dalam agenda melahirkan Bangsa Usahawan, selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia selari dengan usaha mempertingkat keseimbangan ekonomi di wilayah kurang membangun, penekanan kepada aspek keusahawanan akan dipertingkatkan sebagai antara potensi peluang penjanaan pendapatan yang lebih menyeluruh, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Noh berkata, kementerian menyambut baik keputusan kerajaan untuk menarik semula larangan rentas negeri yang bermula semalam. - Astro AWANI
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
Kerosakan infrastruktur telekomunikasi: Syarikat pemaju didenda RM60,000
Syarikat Monarch Lodge Development didenda RM60,000 kerana didapati merosakkan kemudahan rangkaian milik Telekom Malaysia Bhd (TM).
[INFOGRAFIK] Statistik Guna Tenaga 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Statistik Guna Tenaga bagi tahun 2024.
Amerika kenakan tarif sehingga 100% pada EV, panel solar, semikonduktor China
SEPERTI yang telah dijangka Amerika Syarikat meningkatkan tarif import beberapa produk keluaran China.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
MYNIC sasar lebih ramai usahawan guna domain.my kembangkan perniagaan
Ketika ini, jumlah keseluruhan pengguna domain.my adalah sebanyak 313,000 orang berbanding 400,000 pengguna yang disasarkan untuk 2024.
Presiden Xi adakan pertemuan dengan wakil perniagaan, strategik dan akademik AS
Xi berkata hubungan China-AS antara hubungan dua hala yang paling penting di dunia.
Peletakan jawatan juruaudit secara mendadak, tanda supaya pelabur berwaspada - MSWG
Tempoh jawatan juruaduit hendaklah tamat selepas 21 hari dari tarikh notis itu diberikan atau dari tarikh seperti yang dinyatakan.
Lebih banyak syarikat Jerman nyatakan minat kembangkan perniagaan ke Malaysia
Anwar telah menerima lebih banyak komitmen dan pernyataan minat oleh syarikat Jerman untuk mengembangkan perniagaan ke Malaysia.
Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin
Negara hadapi cabaran besar memacu pertumbuhan ekonomi, lantas tata kelola yang baik sangat diperlukan untuk bina keyakinan pelabur.
TM One perkasa kemampanan perniagaan melalui penyelesaian pintar, inovatif
TM One memainkan peranan penting dalam mewujudkan perkhidmatan digital yang lestari untuk semua rakyat Malaysia.
Peniaga Kompleks Hentian Bas MBKT 'tenat' menunggu pengunjung
Lebih separuh daripada sekitar 300 kedai di situ telah ditutup akibat kebanyakan peniaga tidak mampu bertahan lalu 'gulung tikar'.
SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri
Individu terbabit dipanggil memberi keterangan termasuk bagi mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.
Sarawak sasar ambil alih satu lagi entiti untuk rancakkan sektor keusahawanan
Pengambilalihan itu akan diumum dalam tempoh sebulan dua ini dan ia merupakan satu daripada tiga entiti utama yang akan menjadi milik penuh negeri tahun ini.
Masalah bekalan air di Jertih jejaskan ekonomi penduduk setempat
Antara yang terkesan dengan masalah itu ialah perniagaan kedai dobi dan pengusaha resort di dalam kawasan tersebut.