Skip to main content

Malaysia

Amir Hamzah fokus laksana mandat hingga tamat penggal sebagai Senator 11 Dis

Amir Hamzah bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Program Pemerkasaan Ekonomi Maybank di ibu negara hari ini. - Foto Bernama
Amir Hamzah bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Program Pemerkasaan Ekonomi Maybank di ibu negara hari ini. - Foto Bernama

Ringkasan AI

  • Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan terus fokus melaksanakan mandat sehingga tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 11 Disember ini.
  • Beliau menyatakan sebarang keputusan mengenai perkhidmatan selepas tamat penggal akan dipertimbangkan kemudian.
  • Amir Hamzah dilantik sebagai senator dan Menteri Kewangan II pada 12 Disember 2023.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan hari ini menegaskan bahawa beliau akan terus memberikan tumpuan untuk melaksanakan mandat yang diberikan sehingga tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 11 Disember ini.

“(Perkara) ini bukan rahsia. Saya akan menghabiskan penggal (sebagai Ahli Dewan Negara) pada 11 Disember. Buat masa sekarang, pendekatan saya ialah fokus melaksanakan mandat yang diberikan kepada saya sehingga selesai.

“Apa yang akan berlaku selepas itu, kita lihat dahulu. Ya, fokus saya ialah buat kerja dulu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Pemerkasaan Ekonomi Maybank di sini hari ini. 

Advertisement

Ditanya sama ada beliau mahu meneruskan khidmat sebagai senator, Amir Hamzah berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu selepas tamat penggalnya akan dipertimbangkan kemudian.

“Saya rasa kita buat macam itulah. Bagi habis kerja itu dulu. Itu yang penting,” katanya.

Advertisement

Amir Hamzah dilantik sebagai senator pada 12 Dis 2023 dan serentak dilantik sebagai Menteri Kewangan II. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement