KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) mencadangkan lima pendekatan kepada kerajaan dalam usaha memastikan kelangsungan perniagaan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) ketika negara melalui fasa pemulihan.
Presiden Samenta, Datuk William Ng berkata, antara pendekatan yang diusulkan termasuk menghentikan kenaikan bil elektrik kerana tindakan menaikkan kos kepada PKS adalah tidak munasabah terutama selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan pertumbuhan setinggi 9.6% dalam tempoh sembilan bulan 2021 selain memperkenalkan semula kepada pengguna komersial dan industri.
Beliau meminta kerajaan mempercepatkan peralihan kepada sistem pinjaman yang diterajui pasaran kerana kebayakan bank terikat dengan peraturan Bank Negara yang agak bertentangan dengan trend ke arah pembiayaan yang diterajui pasaran seperti yang diamalkan oleh syarikat-syarikat peer-to-peer (P2P).
Katanya, walaupun Bank Negara amat proaktif dalam menyokong PKS namun industri itu memerlukan kerajaan mengambil lebih risiko bagi membolehkan lebih banyak perniagaan memperoleh pembiayaan melalui pelbagai sumber.
"Buka semula sempadan negara dengan segera, walaupun Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah mencadangkan pembukaan semula sempadan tanpa kuarantin pada 1 Mac kepada pelawat yang telah lengkap divaksin namun kerajaan belum memutuskan perkara ini.
"Samenta menyokong pembukaan semula sempadan kami kepada semua pelawat.
"Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) juga harus dipercepatkan ke lebih banyak pasaran, dan dengan kapasiti yang lebih tinggi.
"Tanpa pergerakan bebas, harapan kami untuk pemulihan berasaskan perdagangan akan kekal lemah.
Selain itu, William meminta agar kerajaan segera mengisytiharkan peralihan ke fasa endemik untuk membolehkan rakyat dan perniagaan menyambung semula kehidupan mereka secara normal.
Beliau juga meminta agar pasaran semasa menentukan gaji kerana peningkatan gaji secara paksa ketika ekonomi masih rapuh memberi bayangan kepada sektor swasta terutamanya PKS bahawa usaha untuk pemulihan adalah untuk mengurangkan tekanan kos ke atas pengguna dan bukannya untuk menyelamatkan PKS.
"Samenta tidak membantah sebarang kenaikan gaji, adalah lebih baik diserahkan kepada pasaran untuk menentukan gaji untuk pelbagai industri dan peranan pekerjaan.
"Gaji harus terikat dengan produktiviti dan keluaran dan bukannya atas pertimbangan politik semata-mata.
"Hakikatnya, kebanyakan perniagaan sudah membayar lebih dari RM1,500 kepada pekerja tempatan, jadi kenaikan gaji minimum adalah tidak perlu dan kurang produktif," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, PKS sedang menghadapi tiga cabaran iaitu peningkatan kos mendadak, kekurangan tenaga kerja dan persekitaran politik yang kurang stabil.
"Perkara ini perlu diselesaikan atau dikurangkan dengan segera atau usaha untuk pemulihan sepenuhnya ke tahap pra-pandemik tidak akan dapat direalisasikan," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Feb 21 2022
William Ng berkata antara pendekatan yang diusulkan termasuk menghentikan kenaikan bil elektrik kerana tindakan menaikkan kos kepada PKS adalah tidak munasabah. -Gambar fail/Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Kerajaan, sektor perniagaan perlu bekerjasama tingkatkan daya saing
Kerajaan dan sektor perniagaan perlu bekerjasama sebagai 'Team Malaysia' untuk meningkatkan daya saing negara, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).
SAMENTA cadang kerajaan tubuh Dana Wawasan RM1 bilion untuk rangsang sektor PKS
Dana itu boleh digunakan untuk melabur dalam IPO baharu dengan saiz tiket RM50,000 sehingga RM1 juta setiap syarikat.
SAMENTA gesa kerajaan benarkan graduan asing bekerja, atasi isu kekurangan tenaga
Ini memandangkan bilangan penuntut asing dalam pengajian kejuruteraan dan teknikal adalah kurang daripada 20,000 orang.
SAMENTA gesa kerajaan tubuh pasukan petugas atasi cabaran masa depan pekerjaan
Datuk William Ng berkata, pasaran kerja secara ketara telah diganggu oleh pandemik COVID-19 dan teknologi baharu.
5 cadangan Samenta demi kelangsungan PKS dalam fasa pemulihan
William meminta agar kerajaan segera mengisytiharkan peralihan ke fasa endemik untuk membolehkan rakyat dan perniagaan menyambung semula kehidupan mereka secara normal.
PKS kian terdesak akibat kenaikan kos, pemulihan sukar - SAMENTA
PKS sedang menghadapi beberapa cabaran termasuk peningkatan kos yang mendadak selain kekurangan tenaga pekerja.
PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir
PKS mohon kerajaan beri lebih banyak bantuan ekoran terjejas banjir | Dagang News
PKS harap SST diturunkan ke 4% dalam Bajet 2022, GST diperkenalkan semula 2023
Walaupun keyakinan pengguna penting, keyakinan pelabur (termasuk pelabur domestik) juga sama pentingnya.
Kabinet baharu diminta fokus kepada perniagaan, bukan sekadar pengguna
Datuk William Ng berkata, pandemik COVID-19 telah menimbulkan masalah pengaliran tunai yang teruk bagi PKS.
MEF, SAMENTA setuju lanjutan PKP 3.0 perlu, harap langkah-langkah lebih efektif
Meskipun ia satu keperluan, kerajaan juga perlu memastikan langkah-langkah berkesan disediakan untuk menyokong majikan yang terkesan.