awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

52 daripada 100 syarikat tersenarai utama capai penyertaan 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah - SC

Bernama
Bernama
23/09/2022
08:57 MYT
52 daripada 100 syarikat tersenarai utama capai penyertaan 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah - SC
Di bawah Bajet 2022, semua syarikat tersenarai dikehendaki untuk melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita dalam lembaga pengarah mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hanya 52 daripada 100 syarikat tersenarai utama mencapai sasaran penyertaan 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah mereka, manakala 350 syarikat tersenarai atau 36.5 peratus daripada keseluruhan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia hanya mempunyai seorang pengarah wanita dalam lembaga pengarah mereka setakat September 2022.
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata di bawah Bajet 2022, semua syarikat tersenarai dikehendaki untuk melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita dalam lembaga pengarah mereka.
"Bagaimanapun, syarikat tersenarai tidak seharusnya terhenti setakat hanya seorang pengarah wanita sahaja atas alasan pematuhan, tetapi berusaha untuk mencapai sasaran 30 peratus," katanya dalam ucapan beliau semasa Persidangan Tadbir Urus Korporat Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC) 2022-Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), hari ini.
Awang Adek berkata Kod Malaysia bagi Pelabur Institusi (MCII) 2022 yang disemak semula telah memperkenalkan 'Stewardship Spotlight' (Sorotan Pengawasan), yang, antara lainnya, memasukkan penyertaan wanita dalam lembaga pengarah.
"Saya juga gembira melihat kepelbagaian lembaga berada dalam 'Stewardship Spotlight' sebagaimana yang sepatutnya," katanya.
Sementara itu, dalam ucap tamanya, Menteri Kewangan Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memuji kemajuan, komitmen dan pendirian kukuh yang ditunjukkan pelabur institusi ketika ini dalam usaha meningkatkan kepelbagaian jantina dalam pengurusan kanan.
"Harapnya penanda aras ini seperti MCII diterima pakai oleh institusi lain dan pelabur korporat sebagai set panduan berdaya maju untuk menambah baik tadbir urus dalaman mereka,"
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat tersenarai utama
#Bursa Malaysia
#pengarah wanita
#suruhanjaya sekuriti
#SC
#Awang Adek Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan