awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times

Bernama
Bernama
07/01/2026
21:45 MYT
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
CNN Travel menamakan negeri ini antara 20 destinasi pelancongan terbaik, sambil menyifatkan Pulau Pinang sebagai "cita rasa sejarah." - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Pulau Pinang melangkah ke tahun baharu dengan penuh gemilang apabila disenaraikan antara tempat menarik untuk dilawati 2026 oleh CNN dan New York Times.
CNN Travel menamakan negeri ini antara 20 destinasi pelancongan terbaik, sambil menyifatkan Pulau Pinang sebagai "cita rasa sejarah."
Dalam senarai lokasi terbaik untuk dilawati tahun ini oleh CNN Travel itu, Pulau Pinang diletakkan sebaris antaranya dengan Adelaide (Australia), Aragon (Sepanyol), Brussels (Belgium), Devon (United Kingdom), Oulu (Finland), Philadelphia (Amerika Syarikat) dan negara Algeria serta Timor Leste.
Pulau Pinang disebut kerana keistimewaan gastronomi, dengan budaya Peranakan diberi penekanan khusus, selain sejarah, mural-muralnya serta rujukan kepada pembuat kasut terkenal dunia Datuk Jimmy Choo, yang berasal dari negeri ini.
"Sama ada bertaraf Michelin atau tidak, anda tidak perlu berbelanja besar untuk menikmati hidangan lazat di Pulau Pinang dengan gerai jalanan, pasar malam dan kopitiam menyajikan kari penuh aroma, semangkuk laksa panas, kek pandan dan kelapa yang tidak terlalu manis, serta pelbagai juadah menyelerakan lain.
"Di antara waktu makan, terokailah mural jalanan ikonik di George Town, termasuk sebuah mural yang memberi penghormatan kepada wira tempatan, Jimmy Choo," menurut laman web berkenaan.
Sementara itu, Penang Global Tourism (PGT) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa senarai berkenaan merupakan pengiktirafan global terhadap keistimewaan sebenar yang dimiliki Pulau Pinang.
"Pulau Pinang merupakan satu-satunya destinasi di Malaysia yang tersenarai. Sebabnya kerana Pulau Pinang terkenal sebagai sebuah bandar pelbagai budaya yang kaya dengan sejarah dan terus menghargai serta meraikan warisan silamnya," menurut hantaran itu.
Pulau Pinang juga tersenarai antara "52 Destinasi Menarik untuk Dilawati 2026" oleh New York Times.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#destinasi terbaik untuk dilawati 2026
#CNN
#New York Times
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan