awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Tentera Syria lancar serangan terhadap SDF di kejiranan Aleppo
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong

Bernama
Bernama
07/01/2026
21:30 MYT
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
Tiong berkata, langkah itu penting untuk memastikan wang jemaah sentiasa dilindungi dan pampasan dapat disalurkan tanpa kelewatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mengarahkan mekanisme jaminan bank segera dilaksanakan sebagai syarat mandatori kepada agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah.
Beliau berkata langkah itu penting untuk memastikan wang jemaah sentiasa dilindungi dan pampasan dapat disalurkan tanpa kelewatan sekiranya berlaku penipuan, kecuaian atau kegagalan agensi melaksanakan sesuatu pakej umrah.
"Ini bukan beban kepada pengusaha yang jujur sebaliknya satu tindakan tegas untuk membina sebuah ekosistem pelancongan yang selamat dan boleh dipercayai serta mengembalikan keyakinan rakyat," katanya dalam kenyataan Rabu malam.
Tiong berkata demikian susulan laporan kejadian 36 jemaah umrah terkandas di Madinah baru-baru ini yang disampaikan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan kesemua mereka selamat tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Mengenai syarikat yang mengendalikan perjalanan 36 jemaah umrah itu, beliau berkata MOTAC telah menjalankan penggeledahan, merakam percakapan pihak syarikat dan jemaah yang terlibat, serta membuka kertas siasatan.
"Kertas syor pembatalan lesen syarikat juga sedang dimuktamadkan untuk pertimbangan pengurusan tertinggi MOTAC," katanya.
Baru-baru ini, sebanyak 36 jemaah umrah terkandas di Madinah selepas sebuah agensi gagal menyediakan penginapan dan tiket penerbangan pulang seperti dijanjikan walaupun jemaah termasuk warga emas dan kanak-kanak telah membuat bayaran penuh RM7,600 seorang.
Agensi berkenaan turut didakwa mengabaikan tanggungjawab asas mereka sehingga kumpulan itu terpaksa mendapatkan bantuan derma untuk membeli tiket pulang.
Sementara itu, Tiong berkata MOTAC telah melaksanakan 64 operasi penguatkuasaan serta mengambil tindakan penggantungan dan pembatalan lesen terhadap agensi yang melanggar undang-undang sejak 2023 hingga Oktober tahun lepas.
Beliau berkata dalam tempoh tersebut, empat lesen agensi pelancongan telah digantung manakala dua lesen telah dibatalkan, namun kejadian yang terus berulang menunjukkan pendekatan sedia ada perlu diperketat dan diperkukuh.
Sehubungan itu, MOTAC menyeru orang ramai sentiasa menyemak status lesen agensi pelancongan sebelum membuat sebarang bayaran dan melaporkan sebarang penyelewengan dengan segera agar tindakan pantas dapat diambil.
Sejak tahun lepas, MOTAC telah mengumumkan hasrat untuk melaksanakan kewajipan jaminan bank sebagai syarat utama pelesenan agensi pelancongan, khususnya pengendali pakej umrah di bawah peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#Tiong King Sing
#umrah
#jaminan bank
#agensi pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan