awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7-Eleven akan jual keseluruhan 75 peratus pegangan dalam Caring kepada BIG Pharmacy

Bernama
Bernama
21/07/2023
22:00 MYT
7-Eleven akan jual keseluruhan 75 peratus pegangan dalam Caring kepada BIG Pharmacy
7-Eleven berkata cadangan penjualan itu menyediakan peluang kepada syarikat tersebut untuk memanfaatkan dan menjana keuntungan daripada pelaburannya dalam Caring.
KUALA LUMPUR: Convenience Shopping (Sabah) Sdn Bhd (CSSSB), anak syarikat milik penuh 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd, menerima lembaran terma terikat (BTS) daripada BIG Pharmacy Healthcare Sdn Bhd untuk membeli keseluruhan 75 peratus pegangan dalam Caring Pharmacy Group Bhd (Caring) dengan harga RM637.5 juta.
7-Eleven dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat berkata tawaran itu termasuk semua anak syarikat dan syarikat sekutu Caring, yang memiliki dan mengusahakan perniagaan farmasi runcit di bawah jenama "Caring", "Georgetown" dan "Wellings", serta mana-mana pembuatan dan pengedaran produk dalaman di Malaysia.
Menurutnya, tawaran itu juga termasuk pengambilalihan semua hak harta intelek yang ketika ini dimiliki dan digunakan oleh Caring Group dan perniagaan di Indonesia, termasuk tiga jenama dan semua jenama dalaman yang dijual oleh Caring Group kecuali perniagaan di Indonesia yang dioperasikan oleh PT Era Caring Indonesia dan PT Era Farma Indonesia.
7-Eleven berkata cadangan penjualan itu menyediakan peluang kepada syarikat tersebut untuk memanfaatkan dan menjana keuntungan daripada pelaburannya dalam Caring.
Syarikat itu menjangka merekodkan keuntungan sekali daripada cadangan penjualan tersebut dan mengubah hala sumbernya untuk mengembangkan perniagaan kedai serbanekanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#7-Eleven
#caring
#BIG Pharmacy
#perniagaan farmasi runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan