awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7-Eleven namakan Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharu

Bernama
Bernama
03/01/2023
14:46 MYT
7-Eleven namakan Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharu
7-Eleven Malaysia Holdings Bhd hari ini mengumumkan Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd hari ini mengumumkan Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa pada Selasa.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menjelaskan Farhash menggantikan Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi hari ini untuk meneruskan minat lain.
Robin dilantik sebagai pengerusi 7-Eleven Malaysia pada 25 Nov, 2021.
Farhash membawa pengalaman bernilai lebih sedekad dalam bidang perniagaan, perundingan dan khidmat nasihat, menurutnya.
"Dalam bidang perniagaan, kerjayanya yang cemerlang merentas pelbagai sektor termasuk pembinaan, teknologi, hotel, makanan dan minuman.
"Beliau juga ialah pendorong yang menggalakkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini," jelasnya.
Beliau kini menganggotai lembaga penasihat Yayasan Usahawan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berkembang maju dalam menghimpunkan, mencipta dan membangunkan syarikat-syarikat mampan dengan ciri keusahawanan yang kukuh.
Beliau juga pengerusi eksekutif kumpulan Apex Equity Holdings Bhd dan pengarah Berjaya Construction Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#7-Eleven Malaysia Holdings Bhd
#Farhash Wafa Salvador
#pengerusi baharu
#Robin Tan Yeong Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan