KUALA LUMPUR: Gabungan 112 persatuan perdagangan dan perniagaan tempatan yang mewakili 3.3 juta entiti perniagaan dikenali sebagai ‘Industries Unite’ meminta lebih banyak bantuan kewangan disalurkan bagi membantu anggotanya yang disifatkan 'parah' untuk stabil dan pulih.
Antara bantuan yang dipohon melibatkan pengurangan bil elektrik bagi premis komersil serta penangguhan enam bulan caruman mandatori seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kumpulan berkenaan juga merayu agar moratorium automatik untuk perniagaan dan individu secara opt-out, serta pelepasan sewa premis perniagaan
Pada masa sama, kumpulan berkenaan juga mendesak agar Bank Negara Malaysia (BNM) memberi penjelasan mengenai data yang pernah dikemukakan berhubung kemampuan 85 peratus peminjam membuat pembayaran setelah moratorium penuh berakhir September lalu.
Jelas pengasas bersama kumpulan berkenaan, Datuk David Gurupatham, angka berkenaan tidak konsisten dengan perkara sebenar yang dilaporkan semua 3.3 juta perniagaan yang bernaung di bawah kumpulan itu.
“Sebanyak 80 peratus ahli-ahli kami tidak lagi boleh bertahan dan memenuhi kewajipan kewangan mereka.
“40 peratus sudah gulung tikar dan 20 peratus lagi boleh tutup dalam tempoh beberapa bulan,” tegasnya menerusi satu penstriman di media sosial pada Sabtu.
Tegas beliau lagi, sektor perniagaan tidak akan mampu bertahan jika sekatan yang dilaksanakan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini diteruskan sehingga hujung tahun.
Ahmad Khairol Shafizan Johari
Sat Jun 26 2021
Menurut Industries Unite, sektor perniagaan tidak akan mampu bertahan jika sekatan yang dilaksanakan kini diteruskan sehingga hujung tahun. - Gambar hiasan
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
COVID-19: Pakatan industri seru kerajaan ambil pendekatan berbeza ke atas pandemik
Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang berbeza dalam menentukan perniagaan penting atau bukan utama yang dibenarkan beroperasi.
80 peratus daripada 3.3 juta perniagaan tidak mampu bertahan - Industries Unite
Antara bantuan yang dipohon melibatkan pengurangan bil elektrik bagi premis komersil serta penangguhan enam bulan dari bayaran mandatori seperti KWSP dan Organisasi Keselamatan Sosial.
"Apa perancangan ekonomi?" - Soal Industries Unite kepada kerajaan
"Kami mahu lihat perancangan lebih baik, pelan hala tuju ke hadapan, ke mana kita akan tuju dalam masa sebulan, enam bulan dan tiga tahun? Apakah hala tuju dasar supaya perniagaan boleh merancang?
Kesan PKP 2.0: Banyak perniagaan akan ditutup - Industries Unite
Menurut kenyataan dikeluarkan gabungan hampir 40 persatuan pedagang, perniagaan dan profesional, Industries Unite, beribu-ribu perniagaan telah gulung tikar sejak PKP 2.0 dilaksanakan.