KUALA LUMPUR: Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia masih memilih untuk membeli belah secara dalam talian walaupun sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya.

Ia merupakan dapatan utama dalam kajian pasaran platform e-dagang, Shopee melibatkan lebih 3,000 responden yang dijalankan pada Julai dan Ogos tahun ini.

Pada masa sama, 60 peratus pengguna Malaysia menyokong penjual tempatan secara proaktif menjelang Hari Merdeka bersama #ShopeeSapotLokal.

42 peratus responden akui mereka boleh mendapatkan barangan dengan lebih cepat jika dibeli daripada penjual tempatan.

Malah, 30 peratus menyokong kualiti barangan Buatan Malaysia yang disifatkan mereka sebagai memenuhi cita rasa tempatan.

Selain itu, 40 peratus responden mengakui pembelian dalam talian membolehkan mereka melakukan transaksi pada bila-bila masa dan di mana sahaja, selain 31 peratus menyukai baucar serta diskaun yang ditawarkan.

“Menariknya, tidak semua pembeli hanya mengutamakan diskaun dan baucar sahaja.

"Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menghargai ketenangan fikiran berbanding harga yang lebih rendah," kata Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh.

Menerusi tinjauan itu, 43 peratus responden mengakui mereka membandingkan harga dalam talian dan mencari diskaun susulan inflasi yang meningkat ketika ini.

Malah, 21 peratus responden menyifatkan mereka banyak mempelajari pembelian dalam talian sekali gus memilih untuk meneruskan pembelian secara dalam talian.

50 peratus responden memilih untuk mengurangkan perbelanjaan lantaran ketidaktentuan ekonomi.

Selain itu, 17 peratus responden pilih pembelian dalam talian disebabkan sekiranya satu penjual telah kehabisan stok, mereka boleh membeli daripada penjual berbeza.

Tinjauan itu juga mendapati tujuh daripada 10 responden mendapat penjimatan lebih lima peratus apabila melakukan pembelian secara dalam talian.

Namun, 50 peratus responden memilih untuk mengurangkan perbelanjaan lantaran ketidaktentuan ekonomi.