Bekas Pengarah Projek Malakoff Corporation Berhad, Abdul Yazid Kassim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp)
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media memaklumkan Abdul Yazid yang bakal memulakan tugas pada 1 Februari ini mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan projek dan kontrak pembinaan dan kejuruteraan.
"Antara tanggungjawab utama beliau termasuklah mengurus projek Laluan Mass Rapid Transit Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2) supaya ia dapat dilaksanakan dengan kos dan dalam jangka masa yang ditetapkan.
"Pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu diyakini akan dapat mempertingkatkan prestasi dan kecekapan MRT Corp," memetik kenyataan itu.
Antara jawatan yang pernah dipegang beliau termasuk Ketua Pejabat Pengurusan Projek di Zelan Berhad selain bekerja selama 10 tahun di luar negara sebagai Ketua Pembinaan di Qatar Petroleum.
Beliau menerima ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan pembinaan daripada University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), United Kingdom dan ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan daripada University of Warwick, United Kingdom.
Abdul Yazid menggantikan Datuk Seri Shahril Mokhtar yang tamat tempoh perkhidmatannya pada penghujung tahun lalu.
Jawatan tersebut dipangku sementara oleh Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan, Datuk Najmuddin Abdullah sebelum lantikan baharu dibuat oleh Kerajaan.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jan 27 2019
Abdul Yazid dilantik sebagai CEO baharu MRT Corp. -Foto LinkedIn
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Mohd Zarif dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp
MRT Corp telah melantik Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa 15 Julai lepas.
Abdul Yazid Kassim CEO baharu MRT Corp
Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media memaklumkan, Abdul Yazid yang bakal memulakan tugas 1 Februari ini mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan projek dan kontrak pembinaan dan kejuruteraan.