RAMAI sudah mula biasa dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif, sama ada membantu untuk menulis atau menjana imej untuk inspirasi.
Tetapi menjana video dengan hanya memasukkan prom teks masih baharu. Kita sudah lihat kemampuan Sora oleh OpenAI yang dihasilkan oleh pencipta filem Hollywood.
Terbaharu, Adobe mengumumkan yang ciri AI Generatif menjana video akan tiba ke Premiere Pro.
Untuk ciri ini, Adobe telah membangunkan model bahasa raya Firefly Video Model. Ia adalah sebahagian kepada Firefly Image, Vector, Design, and Text Effects Models.
Kemudian dengan Adobe Premiere Pro sedia menyokong ekosistem pelbagai pemalam, sokongan mengintegrasikan model bahasa raya pihak ketiga seperti OpenAI Sora, RunwayML dan Pika turut akan disediakan.
Berikut adalah ciri AI generatif yang Adobe akan berikan kepada Premiere Pro:
Generative Expand
Sama seperti Generative Expand pada Photoshop untuk imej, ciri ini adalah untuk menambah video pada ruang kosong apabila alat Crop digunakan untuk membesarkan kanvas.
Object Addition and Object Removal
Seakan ciri Generative Fill pada Photoshop, ciri baharu pada Premiere Pro ini boleh menambah atau membuang objek dalam video.
Menariknya, pengguna tidak perlu sunting pada setiap bingkai video kerana lakukan sekali seluruh video akan terkesan.
Generative B-Roll
Adobe kata jangan membazir masa merakam video b-roll untuk mengisi hanya beberapa saat dalam video panjang.
Gunakan AI generatif dan serlahkan kreativiti masing-masing untuk menjana video b-roll paling unik yang sukar untuk dilakukan sendiri secara sebenar.
Adobe turut akan menggunakan Content Credential mereka untuk melabel video yang dijana AI mereka agar orang yang menonton tidak terkeliru dengan fakta sebenar.
Adobe masih tidak mengumumkan bila ciri baharu ini boleh digunakan dan Sora juga masih belum boleh digunakan.
Jika anda ingin cuba, Haiper juga juga mempunyai teknologi AI menjana video. Buat masa ini akaun percuma terhad menjana video 2 saat. -Amanz
Amanz
Tue Apr 16 2024
Adobe telah bangunkan model bahasa raya Firefly Video Model. Ia sebahagian kepada Firefly Image, Vector, Design, and Text Effects Models. -Amanz
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Malaysia kini tarikan utama profesional asing berkemahiran tinggi
Malaysia kini menjadi tarikan utama kepada para profesional asing yang berkemahiran tinggi, dengan jumlah ekspatriat yang masuk ke negara ini melepasi paras sebelum pandemik.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke majlis perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024.
Garis panduan baharu tangani pokok berusia dan berisiko siap Julai ini - DBKL
DBKL akan terus jalankan kerja-kerja pemantauan dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai.
[KOLUMNIS] PRK KKB: Perang naratif di Kuala Kubu Baharu
PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Kuala Kubu Baharu telah menjadi pusat tumpuan bagi pemerhati dan penganalisis politik, termasuk pakar strategi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN).
MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami
Tular video yang memaparkan penampilan sulung DJ tersebut membuat persembahan dengan memakai jubah sami berwarna putih di kelab malam.
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.
Kilang pau terkemuka diserbu, sijil halal tamat tempoh sejak dua tahun lalu
KPDN telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dipercayai pemilik kilang serta merakam keterangan.
AI Generatif: Masa hadapan baharu perniagaan, gabungan dunia fizikal, digital
Edisi terkini laporan Accenture meneroka bagaimana teknologi bakal merubah cara masyarakat hidup dan bekerja.