awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2024
03:00 MYT
MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami
Tangkap layar video tular yang memaparkan tindakan DJ dari Korea, NewJeansNim membuat persembahan sambil berpakaian sami di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. Gambar kecil: Wee Ka Siong
SHAH ALAM: MCA meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menyiasat dan mengharamkan DJ dari Korea, NewJeansNim untuk menghadiri ke lokasi-lokasi yang telah dijemput di negara ini berikutan cubaan menyamar sebagai sami Buddha.
Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, tindakan DJ itu yang membuat persembahan dengan berpakaian seperti seorang sami di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur baru-baru ini sama sekali tidak wajar dan perlu dihalang.
Menurutnya, masyarakat Buddhist tidak menghalang penghibur tersebut ke negara ini sekiranya dia tidak berpakaian sebagai sami dan melibatkan sebarang unsur keagamaan dalam persembahannya yang jelas telah menghina agama Buddha.
"Gembira mengetahui penganjur telah membatalkan persembahan kedua DJ berkenaan yang dijadualkan berlangsung di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur pada 21 Mei ini.
"Bagaimanapun, saya difahamkan beliau telah dijemput untuk satu lagi persembahan di Melaka yang dijangka berlangsung pada 31 Mei.
"Saya telah menyampaikan hal ini kepada Menteri Dalam Negeri, bahawa sebarang persembahan individu yang cuba untuk menyamar sebagai sami Buddha hendaklah dihentikan bagi memelihara keharmonian agama di negara ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Sebelum ini, tular video yang memaparkan penampilan sulung DJ tersebut membuat persembahan dengan memakai jubah sami berwarna putih di kelab malam berkenaan pada 3 Mei lalu.
Susulan itu, video yang berdurasi 15 saat itu telah mendapat kecaman masyarakat Buddha dan badan bukan kerajaan (NGO) kerana mendakwa tindakan DJ tersebut tidak menghormati cara hidup dan menghina agama mereka. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dj
#persembahan
#berpakaian sami
#kelab malam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan