Agrobank dinobatkan 'Bank Islam Akan Datang' pada Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) di Manama, Bahrain.
Kejayaan itu, kata Agrobank dalam satu kenyataan Rabu, adalah pengiktirafan kepada usahanya mempromosikan perbankan patuh Syariah serta menyokong matlamat Malaysia menjadi hab kewangan Islam global.
"Menerusi peralihannya kepada institusi berteraskan Islam sepenuhnya, Agrobank berada di landasan tepat menawarkan produk perbankan dan pembiayaan Islam bagi melengkapkan kitaran pengeluaran makanan halal.
"Ini disebabkan makanan berkait rapat dengan pertanian dan halal pula wajib bagi umat Islam," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman dalam kenyataan itu.
Menurutnya, Agrobank kini di kedudukan yang tepat untuk menyediakan produk serta pembiayaan perbankan Islam bagi melengkapi kitaran pengeluaran makanan halal.
Setakat Julai 2015, syer pasaran Agrobank dalam sektor pembiayaan makanan mencecah RM2.67 bilion atau 23.73 peratus daripada keseluruhan pembiayaan sistem perbankan bernilai RM11.27 bilion.
"Kami yakin dengan menawarkan pembiayaan patuh syariah, ia akan memberikan lebih keyakinan kepada usahawan, pengeluar makanan dan para pelanggan untuk terus komited menjalankan perniagaan mengikut prinsip-prinsip Syariah." tambah beliau lagi.
GIFA, anjuran Edbiz Consulting yang berpejabat di London sejak 2011 mengiktiraf bank, institusi kewangan, perunding, agensi penarafan, broker insuran dan syarikat teknologi di atas sumbangan dan pengaruh mereka terhadap industri kewangan dan perbankan Islam.
Shuhami Zabri
Wed Sep 30 2015
Setakat Julai 2015, syer pasaran Agrobank dalam sektor pembiayaan makanan mencecah RM2.67 bilion atau 23.73 peratus daripada keseluruhan pembiayaan sistem perbankan bernilai RM11.27 bilion. - Gambar Fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kerajaan ambil pendekatan inklusif perkasa agenda pendigitalan - Muhyiddin
Ia menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang berdepan kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.