KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada kadar sederhana 4.7 peratus tahun ini di tengah-tengah penurunan inflasi secara beransur-ansur, dasar monetari yang lemah dan harga komoditi yang berada di bawah paras sewajarnya, kata seorang ahli ekonomi.
Namun begitu, Ketua Ekonomi ANZ Bank (Asia Tenggara dan India), Sanjay Mathur mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan kekal dengan reputasi yang baik kerana tahun 2022 merupakan tahun yang sangat kukuh bagi Malaysia susulan pembukaan semula sempadannya, di samping banyak perkembangan positif yang lain.
"Kami juga berpendapat bahawa pengetatan dasar monetari (Bank Negara Malaysia) akan berakhir, dan menjangka inflasi -- yang tidak pernah menjadi masalah yang sangat serius di Malaysia -- akan reda sedikit masa lagi.
"Saya fikir kombinasi pertumbuhan dan inflasi memberi petanda baik untuk Malaysia sekarang," katanya kepada Bernama di luar Sidang Kemuncak Inovasi Kewangan Asean di sini hari ini.
Mathur merupakan salah seorang penceramah pada sidang kemuncak itu, yang mana beliau menyampaikan ucaptama bertajuk 'Melepaskan trend paling penting untuk perniagaan global dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada ASEAN'.
Daripada faktor luaran pula, beliau berkata pembukaan semula sempadan China akan menyokong ekonomi Malaysia, terutamanya dari segi pelancongan.
Sementara itu, beliau menjangkakan industri perbankan dan kewangan Asean akan menyaksikan penggabungan di antara bank konvensional dan digital untuk memberi daya saing kepada pasaran yang besar, sambil menyatakan bahawa industri kini sedang mengalami persaingan yang berbeza, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa memandangkan kemajuan pesat dalam teknologi di seluruh dunia, pemain tradisional juga perlu melihat teknologi baharu untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang paling berkualiti.
"Saya juga berfikir dalam satu tempoh masa, kita akan bergerak ke bidang seperti bagaimana proses kelulusan kredit boleh dilakukan di antara apa yang boleh dilakukan oleh bank digital dan apa yang boleh dilakukan oleh bank konvensional," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

KDNK diunjur akan kekal dengan reputasi yang baik kerana tahun 2022 merupakan tahun yang sangat kukuh bagi Malaysia susulan pembukaan semula sempadannya. - Fail/BERNAMA

Malaysia masih tunggu kelulusan tambahan 350 kouta haji tahun ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung pemohonan untuk mendapatkan tambahan 350 kouta haji bagi tahun ini.
![[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023 [INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015571/25449825631679728281221_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023
Berikut adalah infografik berkenaan dengan Kos Haji, bayaran & bantuan kewangan Haji bagi tahun 2023. Sila klik untuk video penuh.

Arab Saudi, negara utama Timur Tengah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Arab Saudi sebagai negara utama bagi Malaysia di Timur Tengah.

Minat komuniti perniagaan melabur di Malaysia bukti kestabilan negara - PM Anwar
Minat komuniti perniagaan Arab Saudi untuk datang melabur di Malaysia merupakan bukti kukuh terhadap kestabilan politik yang dinikmati negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia terbuka adakan perbincangan semula pembinaan KSCIP
Beliau sendiri tidak bersetuju dengan kaedah penutupan operasi pusat berkenaan sebelum ini yang dibuat tanpa rundingan dengan kerajaan Arab Saudi.

AWANI Ringkas: KKM giat pantau klang pembekal bahan juala di bazar Ramadan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tambahan kuota haji: Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi - Mohd Na'im
Mohd Na'im, berkata rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi penambahan kuota itu sudah dikemukakan sebanyak dua kali pada Januari dan Februari lalu.

Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.

Earth Hour: Matikan suis demi selamatkan bumi
Hari ini, Earth Hour menjadi acara global, dengan lebih 190 negara mengambil bahagian.

Harga dan bekalan ayam jadi tumpuan
Harga jualan dan bekalan ayam sentiasa menjadi tumpuan dalam kalangan pengguna, khususnya golongan peniaga setiap kali bulan Ramadan. Bagaimana pula dengan situasi Ramadan kali ini, adakah harga ayam meningkat? Adakah bekalan mencukupi? Astro AWANI lakukan tinjauan di Pasar Kuala Nerang.

Malaysia tidak terjerumus dalam kemelesetan ekonomi - Gabenor BNM
Antara faktor positif tersebut adalah disebabkan oleh pengukuhan dalam permintaan domestik, peluang pekerjaan dan pelaburan.

KDNK Malaysia dijangka catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Firma penyelidikan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan mencecah 8.4 peratus bagi tahun kewangan 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.

Ahli ekonomi jangka pertumbuhan sederhana 4.7 peratus bagi KDNK Malaysia 2023
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh pada kadar sederhana 4.7 peratus tahun ini di tengah-tengah penurunan inflasi beransur-ansur, dasar monetari lemah dan harga komoditi yang di bawah paras sewajarnya.

Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Pertumbuhan KDNK 2023 Malaysia diunjur turun kepada 4.0 peratus - Standard Chartered
Standard Chartered Bank mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia turun kepada 4.0 peratus bagi 2023 susulan jangkaan 8.8 peratus bagi setahun penuh 2022.

Malaysia jangka catat pertumbuhan KDNK dua digit pada suku ketiga
KDNK Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 13.5 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga tahun ini.

Bank Dunia semak naik unjuran pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia kepada 6.4 peratus
Bank Dunia menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2022 kepada 6.4 peratus daripada 5.5 peratus.

Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, disokong kepelbagaian ekonomi - Abdul Wahid
Ekonomi Malaysia kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif.

Peningkatan vaksinasi mudahkan pembukaan semula ekonomi suku ke-4 - Tengku Zafrul
RAM Rating menganggarkan pertumbuhan KDNK antara tujuh hingga lapan peratus bagi 2022, sementara pengeluaran secara keseluruhan bagi 2022 dijangka pulih melebihi paras yang dilihat pada 2019.

KDNK Malaysia mengukuh, tumbuh 6.0 peratus pada Mac 2021- Mustapa
Sekiranya Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan 'total lockdown' seperti PKP 1.0, momentum pertumbuhan ini akan terjejas.