awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras

Bernama
Bernama
25/12/2025
03:10 MYT
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
Calon Parti Nasional, Nasry Asfura dipilih sebagai Presiden berperlembagaan Honduras dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 30 Nov lalu. - Gambar Reuters
TEGUCIGALPA (Honduras): Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE) Honduras pada Rabu mengumumkan bahawa calon Parti Nasional, Nasry Asfura dipilih sebagai Presiden berperlembagaan negara itu dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 30 Nov lalu, lapor Xinhua.
Menurut data rasmi CNE, Asfura memperoleh 40.27 peratus undi diikuti calon Parti Liberal, Salvador Nasralla yang meraih 39.53 peratus daripada keseluruhan undi, manakala Rixi Moncada daripada Parti Kebebasan dan Penubuhan Semula (Libre) yang memerintah memperoleh 19.19 peratus undi.
Pengumuman CNE itu dibuat 24 hari selepas hari pengundian, susulan beberapa penangguhan, termasuk akibat gangguan pada sistem pengiraan undi seperti yang didakwa oleh pihak berkuasa berkaitan.
Sebelum hari pengundian, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan sokongan kepada Asfura dan mencadangkan bahawa bantuan AS kepada Honduras boleh ditahan sekiranya Asfura tidak menang.
Pada 9 Dis, Presiden Honduras, Xiomara Castro mengecam apa yang disifatkannya sebagai campur tangan luar dalam pilihan raya negara itu, sambil menyatakan bahawa proses pilihan raya berkenaan dicemari "ancaman, paksaan dan manipulasi."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Honduras
#pilihan raya
#Nasry Asfura
#Parti Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan