awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Jumpa nanti’ - Adam Adli setuju berdialog dengan Liga Mahasiswa Malaysia
Bapa hempas bayi hingga mati dipenjara 16 tahun
Nahas bas mini di Afrika Selatan ragut nyawa 12 murid sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AI dijangka sumbang tambahan sehingga 1.2 peratus kepada KDNK, bersamaan RM20 bilion setahun

Bernama
Bernama
03/12/2025
15:33 MYT
AI dijangka sumbang tambahan sehingga 1.2 peratus kepada KDNK, bersamaan RM20 bilion setahun
Sektor AI berpotensi mewujudkan antara 300,000 hingga 500,000 peluang pekerjaan baharu berkemahiran tinggi menjelang 2030. - Freepik
KUALA LUMPUR: Sektor kecerdasan buatan (AI) dijangka memberi sumbangan tambahan antara 0.8 hingga 1.2 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, bersamaan nilai antara RM13 bilion hingga RM20 bilion setahun.
Dalam jawapan bertulis oleh Kementerian Digital yang dimuat naik di portal Parlimen, ia berkata sektor itu berpotensi mewujudkan antara 300,000 hingga 500,000 peluang pekerjaan baharu berkemahiran tinggi menjelang 2030.
"Malaysia juga berhasrat untuk berkembang daripada pengguna kepada pengeluar teknologi AI, dengan menumpukan kepada pembangunan produk dan perkhidmatan bernilai tambah bertemakan Buatan Malaysia," katanya.
Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri (GPS-Betong) berkenaan potensi hasil negara daripada industri teknologi baharu seperti AI, pusat data, roket dan komputer kuantum sepanjang Rancangan Malaysia Ke-13.
Dalam perkembangan yang sama, Kementerian Digital berkata Malaysia berpotensi memperoleh manfaat besar daripada pasaran komputer kuantum global yang dijangka mencecah AS$125 bilion menjelang 2030 dengan kadar pertumbuhan tahunan 36.89 peratus.
"Pasaran ini turut berpotensi meningkatkan KDNK, menarik pelaburan asing dan penciptaan peluang pekerjaan khusus.
"Setiap AS$1 dilaburkan dalam teknologi kuantum dijangka menghasilkan AS$3 dalam pulangan ekonomi, sekali gus membantu mengatasi jurang kemahiran dan mengurangkan migrasi pakar tempatan ke luar negara," tambah Kementerian Digital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor AI
#kecerdasan buatan
#jana pendapatan
#peluang pekerjaan
#KDNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan