Skip to main content

Sukan

Hakim Danish kempunan podium di Sepang, raih tempat keempat aksi Moto3

Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat pada aksi Moto3 Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia hari ini. - Gambar fail/Bernama
Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat pada aksi Moto3 Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia hari ini. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Pelumba negara Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan perlumbaan Moto3 GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang di tempat keempat.
  • Hakim Danish bersaing sengit dengan pelumba Indonesia dan Sepanyol, namun gagal mengekalkan kedudukan podium pada pusingan akhir.
  • Maximo Quiles dari Sepanyol muncul juara, diikuti Veda Pratama dan Alvaro Carpe yang melengkapkan kedudukan podium.
Advertisement

SEPANG: Hasrat pelumba moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli untuk menaiki podium di laman sendiri musnah, apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat pada aksi Moto3 Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu yang memulakan perlumbaan dari petak ketiga, konsisten berada di kedudukan keempat sehingga pusingan ketujuh sebelum bersaing sengit dengan pelumba Indonesia, Veda Pratama, apabila kedua-duanya saling memintas sepanjang lapan pusingan pertama.

Pelumba berusia 19 tahun itu kemudian berjaya memintas Veda dan pelumba Sepanyol Alvaro Carpe dari pasukan Red Bull KTM Ajo pada pusingan kesembilan, untuk melonjak ke kedudukan ketiga.

Advertisement

Hakim Danish kemudian memecut ke kedudukan kedua selepas memintas David Almansa dari Sepanyol dari pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP pada pusingan kesebelas, namun ditinggalkan Veda dan David di pusingan 12. 

Peluang untuk menduduki podium hadir pada pusingan lencongan akhir apabila Hakim Danish berjaya memintas Carpe untuk seketika, namun Carpe kembali meninggalkan pelumba kelahiran Terengganu itu sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Advertisement

Juara perlumbaan menjadi milik pelumba Sepanyol Maximo Quiles yang mewakili CFMOTO Gaviota Aspar Team yang mencatat masa 33 minit 7.634s, di hadapan Veda dengan perbezaan masa 3.734s, manakala Carpe melengkapkan kedudukan podium dengan perbezaan masa 4.184s. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement