Air France-KLM Malaysia melancarkan kelas ekonomi premium baharu bagi pelanggan udara sebagai sebahagian daripada strateginya untuk meningkatkan kesedaran tentang syarikat itu kepada orang Malaysia, kata Pengurus Negaranya, Estee Ng, Khamis.
Beliau berkata walaupun syarikat penerbangan itu telah memulakan perkhidmatannya pada 23 April, ramai orang yang masih tidak mengetahui tentang Air France.
Bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran hari ini, beliau berkata kabin kelas ekonomi premium baharu ini terletak antara kelas ekonomi dan perniagaan, mempunyai 40 peratus lebih banyak ruang berbanding kelas ekonomi dan mempunyai kapasiti 24 tempat duduk dengan kerusi ergonomik yang luas dan perkhidmatan dipertingkatkan bagi memastikan keselesaan, aman dan tenang.
Bersempena dengan pelancaran itu, Air France-KLM Malaysia menawarkan tambang ekonomi premium istimewa RM5,777 (termasuk semua cukai dan surcaj) berbanding harga tambang biasa RM7,091 mulai 15-31 Julai.
"Tambang istimewa itu adalah untuk memperkenalkan pengalaman unik kelas ekonomi premium Air France, yang ditawarkan pada harga mampu milik beserta perkhidmatan dipertingkatkan dan tempat duduk yang lebih luas," katanya.
Tambang istimewa itu sah bagi perjalanan sehingga akhir tahun ini.
Ketika ini, kelas tersebut ditawarkan bagi penerbangan di sektor Kuala Lumpur-Paris dan Paris-Kuala Lumpur, yang menggunakan pesawat Boeing 777-200.
Dengan Kuala Lumpur, Air France kini menyediakan perkhidmatan ke 15 destinasi di lapan negara Asia; India, China, Jepun, Thailand, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan Malaysia.
Bagi musim panas 2013, lebih 200 penerbangan mingguan akan menghubungkan Eropah ke Asia menerusi lapangan terbang Paris-Charles de Gaulle dan Amsterdam-Schiphol.
Laluan Kuala Lumpur-Paris itu adalah tambahan kepada 205 penerbangan mingguan yang dioperasi oleh Air France dan KLM, Royal Dutch Airline, antara Paris, Amsterdam dan Asia dan melengkapkan penawaran penerbangan antara Malaysia dan Eropah, dengan penerbangan harian dioperasi oleh KLM dari Kuala Lumpur.
Digabungkan dengan penerbangan KLM, Air France KLM Group menawarkan 17 penerbangan mingguan dari Malaysia ke Eropah; tujuh daripadanya dengan perkongsian kod KLM, perkongsian dengan Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Amsterdam.
Bernama
Thu Jul 18 2013
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Nahas pesawat A330: Air France, Airbus mengaku tidak bersalah
Pengakuan tidak bersalah itu dibuat sejurus selepas nama kesemua mangsa dibacakan di Mahkamah Jenayah Paris.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua juruterbang digantung tugas, bertumbuk dalam kokpit
Kru penerbangan dikatakan terpaksa menenangkan situasi tersebut dan turut bersama-sama di dalam kokpit sehingga pesawat itu mendarat.
Pesawat Air France buat pendaratan cemas ekoran kebakaran
Penerbangan Air France AF393 (Beijing-Paris) terpaksa berpatah balik ke Beijing untuk membuat pendaratan cemas akibat kebakaran, lapor Beijing Daily.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelepasan Karbon: Pesawat Air France terbang ke Kanada guna minyak masak terpakai
Langkah itu sebagai usaha syarikat penerbangan berkenaan mengadaptasi penggunaan bahan bakar dengan pelepasan karbon rendah.
Penumpang buat hal, pesawat Air France mendarat cemas di Bulgaria
Penumpang itu bertengkar dengan penumpang lain, menyerang pramugari dan menendang pintu kokpit.
COVID-19: Air France buang 7,500 pekerja
Selama tiga bulan, aktiviti Air France mencatatkan penurunan sebanyak 95 peratus.
Kanak-kanak ditemukan mati dalam ruang pendaratan pesawat
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti kanak-kanak yang dipercayai seorang warga Afrika.
Tujuan utama untuk pulihkan MAS, bukan siapa yang melaksanakannya, kata Munir Majid
Katanya, selepas beberapa siri pelan pemulihan menemui kegagalan, Malaysia perlu lebih realistik dan sedar perniagaan syarikat penerbangan merupakan industri antarabangsa.