Skip to main content

Malaysia

PM Anwar ucap selamat maju jaya kepada calon SPM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026 menerusi hantaran di Facebook.
  • Beliau menasihatkan calon agar kekal tenang, yakin pada diri, serta memohon restu ibu bapa dan guru sepanjang peperiksaan.
  • Seramai 420,879 calon menduduki SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan dengan peperiksaan bertulis berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau meminta semua calon agar menterjemahkan segala usaha, pengorbanan dan persediaan selama ini dengan sebaiknya.

“Kekal tenang, yakin pada kemampuan diri dan jawab setiap soalan dengan teliti. Teruskan berdoa dan mohon restu ibu bapa serta guru.

Advertisement

“Semoga segala urusan dipermudah dan dikurniakan kejayaan, Insya-Allah,” kata beliau.

Sebanyak 420,879 calon mendaftar menduduki SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara dengan peperiksaan bertulis berlangsung dari 23 Nov hingga 17 Dis ini.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement