awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Airasia akan mulakan laluan KL-Madurai tahun ini

Bernama
Bernama
01/07/2013
08:02 MYT
Airasia akan mulakan laluan KL-Madurai tahun ini
AirAsia akan memulakan penerbangan laluan Kuala Lumpur-Madurai pada tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes.
"Selepas menemui Menteri Negara India Dr E. M. Sudarshan Nachiappam, saya boleh mengesahkan bahawa Airasia akan memulakan laluan Kuala Lumpur-Madurai tahun ini," katanya di dalam laman web media sosial hari Ahad.
Madurai adalah satu bandar kuil dan bandar raya ketiga terbesar di negeri sebelah selatan, Tamil Nadu.
Fernandes berada di India bagi mempromosikan kemasukan syarikat itu ke pasaran India.
Selain Chennai, Tamil Nadu, beliau akan turut melawat Cochin, Kerala, Mumbai di Maharashtra, yang merupakan ibu kota kewangan India serta Delhi.
Perlu dinyatakan bahawa Chennai ialah satu bandar raya yang hebat," katanya, sambil menyatakan bahawa ia sangat sesuai bagi kelab bolasepak, Chennai Rangers.
Ini merupakan lawatan sulungnya selepas syarikatnya menjalin usahasama dengan Tata Group dan Arun Bhatia dari Telestra Tradeplace untuk melancarkan syarikat penerbangan kos rendah mengikut nisbah perkongsian 49:30:21.
Topic Berkaitan
#air asia
#madurai
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan