awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia bantu angkut barang bantuan mangsa gempa ke Kota Kinabalu

Bernama
Bernama
07/06/2015
13:50 MYT
AirAsia bantu angkut barang bantuan mangsa gempa ke Kota Kinabalu
KAMARUDIN: Lebih banyak barangan seperti selimut dijadual dihantar dalam beberapa hari lagi, bergantung kepada permintaan pasukan yang beroperasi di Sabah.
AirAsia Bhd bekerjasama dengan Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia untuk mengangkut barangan bantuan ke Kota Kinabalu dalam usaha menyelamat mangsa gempa di Sabah.
Kumpulan pertama barangan itu mengandungi 350 helai jaket dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) jam 9.29 malam ini.
Lebih banyak barangan seperti selimut dijadual dihantar dalam beberapa hari lagi, bergantung kepada permintaan pasukan yang beroperasi di Sabah.
“Kami juga telah berhubung dengan agensi penyelamat untuk menawarkan bantuan bagi membawa sukarelawan atau barangan bantuan yang diperlukan," kata Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun dalam satu kenyataan.
"Syarikat penerbangan kami amat sedih dengan kejadian tragik itu.
"Kami melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga yang terbabit dalam gempa bumi di Kota Kinabalu," kata Kamarudin.
AirAsia berada di barisan depan dalam membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina (2013), tsunami Asia (2004), Taufan Nargis di Myanmar (2008) dan Taufan Nesat di Filipina (2011), di samping usaha mengumpul dana untuk pemulihan selepas gempa di Sichuan, China (2008) dan gempa serta tsunami di Fukushima, Jepun (2011) dan banjir di negara ini awal tahun ini.
AirAsia juga membantu pemulihan di Bali, Indonesia selepas pengeboman pengganas pada 2005 dengan menawarkan 12,000 tempat duduk percuma dalam penerbangannya.
Ia juga melancarkan penerbangan menyelamat dari Bangkok ke Kuala Lumpur pada November 2008 bagi membantu orang ramai yang terkandas berikutan penutupan lapangan terbang di Bangkok.
Usaha menyelamat yang sama juga dilakukan di Padang dan Jakarta pada Oktober 2009 bagi membantu mangsa gempa bumi 7.6 skala Richter yang melanda pulau Sumatera.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Gempa Ranau
#gempa Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan