KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd menyasarkan untuk mengambil semula pekerjanya yang terpaksa diberhentikan pada tahun lepas susulan impak COVID-19, apabila perniagaan syarikat penerbangan itu kembali pulih.
Sambil mengakui keputusan pemberhentian khidmat kira-kira 2,000 pekerja terbabit sebagai satu tragedi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes turut berikrar untuk mengambil khidmat mereka terbabit serta yakin dengan kemampuan syarikat penerbangan tambang rendah tersebut.
"Kehilangan 2,000 pekerja akibat impak COVID-19 merupakan satu tragedi untuk kami. Oleh itu sebelum bersara, saya perlu pastikan kesemua mereka dapat diambil semula.
"Inilah sasaran saya, malah saya yakin ini dapat dilakukan apabila aktiviti penerbangan kembali beroperasi serta disokong oleh perniagaan lain kumpulan ini," katanya pada acara Reimagining Malaysia Assets (RESET) 2021 pada Selasa.
Pada Oktober tahun lepas, AirAsia dan syarikat sekutunya yang juga penerbangan jarak jauh, AirAsia X mengesahkan langkah pemberhentian kira-kira 10 peratus daripada 24,000 tenaga kerjanya berikutan kesukaran sektor penerbangan untuk bangkit semula dalam masa terdekat akibat pandemik tersebut.
Fernandes berkata kewujudan AirAsia juga berteraskan perubahan pengurusan yang memudahkan pekerja berpindah kerja.
Perubahan pengurusan merupakan terma yang merujuk semua pendekatan untuk melakukan persiapan, sokongan, membantu individu, pasukan dan syarikat membuat perubahan di peringkat organisasi.
"Kami adalah syarikat penerbangan pertama (ASEAN) dengan barisan juruterbang wanita iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah ASEAN.
"Oleh itu, budaya dalam AirAsia ini menetapkan asas perubahan dan itulah juga kemahiran kami. Sebagai syarikat penerbangan dengan saiz seperti ini, kami mempunyai kesatuan sekerja sendiri -- sesuatu yang tidak dimiliki oleh syarikat penerbangan dunia lain dengan saiz serupa," katanya.
Fernandes juga menyifatkan kelangsungan AirAsia itu disokong oleh strukturnya, amalan meritokrasi serta kemampuan untuk mengurus perubahan.
Namun, baginya, aspek terpenting dalam AirAsia adalah bakat atau tenaga kerjanya.
"Anda boleh lakukan apa saja sekiranya terdapat struktur, persekitaran wajar dan paling penting adalah barisan pekerja yang tepat. Bagi saya, inilah teras kekuatan kami.
"Mungkin kami tidak mempunyai jumlah tunai yang diinginkan, tetapi ini diatasi dengan membentuk barisan bakat, pekerja (yang tepat), bersemangat serta kemampuan untuk yakin bahawa kami mampu melakukan apa sahaja," katanya.
Menurutnya, AirAsia turut menubuhkan Redbeat Academy hasil kerjasama dengan Google yang menjadi sebahagian daripada aspirasi untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja berikutan hakikat penerbangan yang tidak terkecuali daripada Revolusi Perindustrian 4.0.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021
Tony berikrar untuk mengambil khidmat mereka terbabit serta yakin dengan kemampuan syarikat penerbangan tambang rendah tersebut. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.