awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia dinobat syarikat terbaik Malaysia bagi hubungan pelabur

Bernama
Bernama
11/10/2017
14:31 MYT
AirAsia dinobat syarikat terbaik Malaysia bagi hubungan pelabur
AirAsia mahu terus berusaha untuk mempertingkatkan nilai serta memaksimumkan pulangan pihak pemegang sahamnya. - Reuters
AirAsia Bhd merangkul anugerah Syarikat Terbaik Malaysia Bagi Hubungan Pelabur di majlis Anugerah Persatuan Hubungan Pelabur Malaysia (MIRA) 2017, pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar mewakili syarikat untuk menerima anugerah itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu turut merangkul anugerah Laman Sesawang Terbaik bagi Hubungan Pelabur yang disampaikan kepada Ketua Pembangunan Korporat Kumpulan, Elina Effendi yang sebelum ini menerajui pasukan hubungan pelabur syarikat berkenaan.
"Kami sentiasa telus dengan para pelabur dan akan terus berurusan secara positif dengan mereka pada masa depan.
"Kejayaan merangkul anugerah laman sesawang terbaik itu juga penting kerana ia sejajar dengan wawasan untuk menjadi syarikat penerbangan digital yang sebenar," kata Aireen dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, AirAsia juga akan terus berusaha untuk mempertingkatkan nilai serta memaksimumkan pulangan pihak pemegang sahamnya.
AirAsia dan syarikat sekutu bagi penerbangan jarak jauh, AirAsia X, turut merangkul dua anugerah individu iaitu Ketua Pegawai Kewangan Terbaik (CFO) yang diraih CFO AirAsia, How Kim Lian manakala anugerah Profesional Hubungan Pelabur Terbaik diraih oleh Pengurus Hubungan Pelabur AirAsia X, Hanif Idrose Mohamed.
Anugerah MIRA itu mengiktiraf amalan hubungan pelabur terbaik oleh kalangan profesional terbabit dan syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Airasia X
#Aireen Omar
#bisnes
#MIRA
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan