awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia dipilih Syarikat Penerbangan Terbaik berdasarkan pertumbuhan penumpang

Bernama
Bernama
01/05/2019
10:18 MYT
AirAsia dipilih Syarikat Penerbangan Terbaik berdasarkan pertumbuhan penumpang
Bagi menyokong rancangan pertumbuhan Changi Airport Group, AirAsia melancarkan laluan antarabangsa pertama dari Ipoh ke Singapura pada 2018. - Gambar hiasan
AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik berdasarkan Pertumbuhan Mutlak Penumpang (Asia Tenggara) pada Anugerah Changi Airline Singapura 2019 baru-baru ini.
Ini merupakan pengiktirafan ke atas peningkatan 4.1 peratus penumpang yang dibawa ke Singapura berbanding 4.5 juta yang dicatatkan pada 2018, meningkat daripada 4.3 juta pada tahun sebelumnya, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan pada Rabu.
Ia berkata AirAsia juga dihakimi berdasarkan pergerakan penumpang penerbangan ketiga tertinggi secara keseluruhannya pada 2018, bersama-sama Singapore Airlines Group, Jetstar, Cathay Pacific Airways dan Lion Group.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura Logan Velaitham berkata bersama Changi Airport Group (CAG), AirAsia telah mengembangkan Singapura menjadi hab ketiga terbesarnya, dengan kira-kira 40 penerbangan sehari dari bandar-bandar di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
"Sebagai syarikat penerbangan asing terbesar yang beroperasi di Singapura, kami akan terus menghubungkan bandar-bandar baharu dan memberi pelancong lebih banyak pilihan," kata AirAsia.
Bagi menyokong rancangan pertumbuhan CAG, AirAsia melancarkan laluan antarabangsa pertama dari Ipoh ke Singapura pada 2018, katanya.
Anugerah Changi Airline, yang kini memasuki edisi ke-14, mengiktiraf syarikat penerbangan atas sumbangan mereka ke arah mengukuhkan dan mengembangkan Singapura sebagai hab penerbangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#anugerah
#Asia
#CAG
#Changi Airline
#Malaysia
#pelancong
#penerbangan
#penerbangan tambang rendah
#penumpang
#Pertumbuhan Mutlak Penumpang
#Singapura
#Syarikat Penerbangan Terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan